Isteri Alif Adam akhirnya dijemput Ilahi, sanggup ambil risiko untuk mengandung walaupun tahu ada komplikasi



viral di Twitter luahan sayu seorang lelaki yang dikenali sebagai Alif Adam setelah beliau kehilangan isterinya yang terko rban selepas melahirkan anak pertama mereka.

Isterinya, Alia, 19 tahun telah disahkan menin ggal dunia jam 7.35 pagi semalam akibat komplikasi setelah selamat melahirkan sepasang kembar lelaki.

Di Twitternya, Alif meluahkan perasaan kagum dia terhadap pengorbanan isterinya itu yang sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk memberikannya zuriat meskipun tidak digalakkan oleh doktor untuk mengandung.



Selepas keluar dari wad bersalin, Alia dikatakan telah koma dan tidak stabil sehingga terpaksa ditempatkan di ICU sebelum pergi meninggalkan kedua-dua putera yang baru dilahirkannya buat selama-lamanya.

Pasangan suami isteri ini telah dikurniakan sepasang kembar bayi lelaki yang cukup comel, iaitu Adam Luth Syafie dan juga Adam Lutfi Syarif.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain yang turut bersimpati dengan ujian yang terpaksa dihadapi oleh lelaki berusia 26 tahun itu.






Menurut Alif lagi, sepanjang tempoh mengandung, arwah isterinya itu terpaksa ditempatkan wad hospital kerana atas sebab-sebab kesihatan.

Terharu dengan rasa simpati yang diberikan oleh warga di Twitter, Alif memberitahu yang dia tidak mampu untuk membalas semua mesej peribadi serta juga komen daripada pengikutnya selain mengucapkan terima kasih dan meminta agar semua orang mendoakan arwah isterinya.

Sumber : Twitter Alif Adam 

Artikel diambil dari https://ift.tt/2pE5cwC

Sumber Isteri Alif Adam akhirnya dijemput Ilahi, sanggup ambil risiko untuk mengandung walaupun tahu ada komplikasi

Post a Comment

Previous Post Next Post