Tidak dapat dinafikan, rata-rata dari rakyat Malaysia gemar melancong ke negara Thailand terutamanya ke wilayah Hatyai yang menjadi tumpuan backpackers. Hatyai ibarat syurga makanan dan antara lubuk shopping termurah di negara itu.
Tidak puas jika anda ke sana hanya sehari saja. Sudah tentu anda akan mencari hotel atau rumah tumpangan termurah di sana, bukan? Admin senaraikan 5 penginapan termurah dengan servis terbaik di sekitar Hatyai.
Hatyai Backpackers Hostel
Hatyai backpackers hostel ini terletak di tengah bandar Hatyai dan berhampiran Pasar Kim Yong. Di sini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Wi-Fi, ruang Hi-tea, penyewaan basikal disediakan dan ruang parkir kenderaan percuma!
Terdapat pelbagai jenis bilik disediakan dan harga bagi semalaman hanyalah bermula dari 600 Baht saja.
Alamat: 226, Nipat-Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
The Hive Hostel Hatyai
Penginapan di The Hive Hostel Hatyai sangat sesuai bagi anda yang datang bercuti bersama rakan-rakan. Konsep penginapan di sini berkonsepkan bilik tidur bujang. Lokasinya sangat strategik dan berada pada 400 meter dari Stesen Keretapi Hatyai dan 12KM dari Lapangan Terbang Hatyai.
Penginapan di sini juga disediakan Wi-Fi secara percuma dan setiap bilik dilengkapi penyaman udara. Tetapi bilik air perlu dikongsi dengan pelanggan yang lain. Jika anda tiba lambat pun, tidak perlu risau sebab The Hive Hostel Hatyai dibuka 24 jam.
Harga semalaman di sini juga boleh tahan murah iaitu 350 Baht.
Alamat: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
The Aree Hatyai Hostel
The Aree Hatyai Hostel juga tidak jauh dari bandar Hatyai dan hanya sejauh 26KM dari pekan Songkhla. Tempat penginapan ini juga berhampiran dengan Pasar Kim Yong dan di pasar itu anda juga boleh shopping dengan harga murah!
Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa basikal bagi anda untuk keluar bersiar-siar disekitar bandar itu. Wi-Fi juga disediakan secara percuma.
Harga bilik di sini sangat murah dan berpatutan, hanya 250 Baht semalam.
Alamat: 255/11 Niphat Uthit 1, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand
Hatyai Youth Hostel
Begitu juga Hatyai youth hostel hanya 10 minit saja berjalan kaki sekiranya anda mahu ke Stesen Keretapi Hatyai. Di sini juga disediakan kemudahan Wi-Fi percuma dan bilik dilengkapi penyaman udara tetapi bilik mandi perlu dikongsi.
Di sini juga, anda mudah untuk mendapatkan snek atau makanan ringan di 7Eleven dan kedai makanan halal. Malah, ianya tidak jauh dari Pasar Kim Yong untuk anda membeli-belah.
Terdapat 2 jenis bilik termasuk bilik peribadi dan bilik berkonsepkan backpackers. Harga penginapan semalam bagi bilik backpackers ialah 250 Baht dan 400 Baht bagi bilik peribadi.
Alamat: 36/6 Pracharom Road, Hatyai, Thailand
The Train Hotel Hatyai
Apa yang menarik mengenai The Trains Hotel Hatyai adalah ianya terletak berhampiran pusat membeli-belah Robinson dan Stesen Keretapi Hatyai. Penginapan di sini juga membuat perkhidmatan selama 24 jam dan diberi akses Wi-Fi secara percuma buat tetamu. Malah, hotel ini juga menyediakan hidangan makanan Barat.
Harga sebilik di sini sekitar 800 Baht semalam.
Alamat: Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Sumber: Wongmai
Artikel diambil dari https://ift.tt/2yo6ekr
Sumber Jika Korang Berhajat Nak Bercuti Ke Thailand, Ini 5 Senarai Penginapan Termurah Untuk Anda Yang Nak Ke Hatyai. Memang Berbaloi, Dijamin Puas Hati!
Tags:
mazeer