Jika anda ada penyakit gout dan sakit sendi, marilah mencuba petua tradisional iaitu dengan menggunakan daun sireh cina.. insha allah sangat berkesan!



Tumbuk dan tampalkan pada bahagian lutut atau sendi pada bahagian yang sakit..

Daun Sirih Cina Mencegah Darah Tinggi

Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut.Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya.

Daun Sirih Cina Mencegah Darah Tinggi

Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut.Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.

Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.



Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.

Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.

Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.

Kandungan Kimia

Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting.



Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.

1- Merawat Gout

2- Penawar sakit sendi dan perut

3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata

4- Mengubati dan meredakan cirit-birit

5- Meredakan batuk

6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)

7- Merawat Buasir

8- Melegakan selsema

9- Merawat jangkitan pada pundi kencing

10- Merawat Kayap

11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi

12- Merawat kencing manis

Sumber: petua ibu via u-tube / islamik info, Beautifulnara

Sumber Jika anda ada penyakit gout dan sakit sendi, marilah mencuba petua tradisional iaitu dengan menggunakan daun sireh cina.. insha allah sangat berkesan!

Post a Comment

Previous Post Next Post