Moogle: Makhluk Comel Dalam Final Fantasy

Saya nak cerita serba sedikit tentang salah satu watak yang agak terkenal dalam francais permainan video Final Fantasy. Etimologi untuk Moogle adalah gabungan dua bahasa Jepun yang menceritakan dua binatang iaitu mogura dan komori. Mogura bermaksud tikus mondok dan komori ialah kelawar. Mungkin sebab iru kebanyakan Moogle dalam francais Final Fantasy ini sama seperti jenis Tikus campur kelawar.

Mesti anda tertanya-tanya mengapakah makhluk ini sentiasa menuturkan kupo pada hujung ayat mereka? Ini kerana mengikut berberapa pendapat dari peminat Final Fantasy, pada awal siri francais Final Fantasy, ia berbunyi “nya!” Atau “meow” Iaitu intonasi kucing mengikut bunyi Bahasa Jepun, namun kemudiannya ditukar kepada kupo dan sehingga kini, perkataan terakhir kebanyakan moogle dalam francais ini akan berakhir dengan kupo yang juga bermaksud meow.

Ada juga menyatakan perkataan “kupo” ini diambil sempena makanan kegemaran Moogle yang dikenali sebagai “Kupo Nut”, iaitu sejenis kacang yang hanya muncul dalam dua siri Final Fantasy sahaja iaitu Final Fantasy VII dan Final Fantasy IX. Kemungkinan, disebabkan Moogle amat suka dengan Kupo Nut, mereka sering mengakhirkan ayat mereka dengan perkataan Kupo. Perkataan “kupo” juga dikatakan sering menjadi “tanda seru” atau “kata seru” yang memberi ekspresi sama ada gembira, marah atau sedih bagi makhluk Moogle.

Jika anda tanya saya mengapa ia diubah? Kerana terdapat berberapa pendapat dari peminat, kemungkinan syarikat Square ingin menambahkan kreativiti dan lebih comel dengan meletakkan perkataan kupo. Ini hanya pendapat sahaja, ia bukan jawapan yang konklusif kerana tiada sumber yang kukuh mengapa mereka menukarkan perkataan itu.

Saya terangkan lebih terperinci sedikit, di Final Fantasy II, Moogle dikenali sebagai Kryon dan bunyinya adalah Raw!! Ia diubah di Final Fantasy III dengan bunyi “Nya!” Dan di Final Fantasy V hingga kini, ia diubah menjadi “Kupo”. Pada awalnya, Moogle adalah sejenis makhluk yang tidak boleh berkata-kata seperti manusia dan hanya mampu bertutur “kupo” sahaja, namun di Final Fantasy VI, ia boleh bertutur seperti manusia dan sentiasa berakhir dengan perkataan “Kupo”.

Final Fantasy II adalah pengenalan makhluk jenis Moogle namun ia dikenali sebagai Kryon. Ia adalah watak kecil di Siri Final Fantasy II ini. Final Fantasy III adalah penampilan pertama Moogle dan watak salah satu makhluk Moogle dinamakan Mog. Dalam Final Fantasy III 3D remake, Moogle mempunyai peranan besar dalam siri ini iaitu menghantar surat yang dikenali sebagai Mognet (surat menyurat ini diteruskan di Final Fantasy IX yang mempunyai “side-quest” untuk menyelamatkan Mognet dan Final Fantasy XIV).

Moogle juga dijadikan watak sampingan yang berkait dalam kisah pengembaraan watak utama seperti dalam Final Fantasy V, Final Fantasy VI, Final Fantasy XII Trilogi Final Fantasy XIII, dan Final Fantasy XIV. Ada juga yang dijadikan sebagai “Summon” (iaitu kuasa mengeluarkan makhluk yang akan menyerang musuh atau membantu watak utama) seperti Final Fantasy VII dan Final Fantasy VIII.

Ia juga menjadi salah satu watak sampingan untuk side-quest seperti Final Fantasy IX dan juga muncul sebagai cameo Final Fantasy X, Final Fantasy X-2, Final Fantasy XIII-1 dan Final Fantasy XV, ia sama ada muncul sebagai patung permainan atau barang yang digunakam oleh watak utama dalam siri francais ini. Hanya Final Fantasy I dan Final Fantasy IV sahaja Moogle tidak membuat apa-apa penampilan. Di Final Fantasy IV, ia dikenali sebagai Hummingways iaitu sejenis makhluk macam Moogle tetapi ia sejenis arnab.

Waqaf Saham

Rupa Moogle ada pelbagai dan yang paling “original” ialah berbulu putih, mempunyai hidung merah bulat dan mempunyai antena di kepala antara dua telinganya dan dihujung antena mempunyai satu bentuk bola bewarna merah yang dikenali sebagai “pom pom”. Ia juga ada pelbagai bentuk seperti Fat Moogle (Moogle versi gemuk), Moogle betina (memakai ala-bikini di dadanya), Moogle yang mempunyai buku tebal di leher, Moogle bewarna kuning (yang dikenali sebagai Stiltzkin)dan juga bewarna ungu (dikenali sebagai Artemicion).

Moogle jenis pelbagai ini diperkenalkan di Final Fantasy IX dan bentuk Moogle diubah sepenuhnya di Final Fantasy XII dimana oa bukan berbentuk seperti Moogle biasa, ia seperti arnab, telinganya panjang, memakai baju ala-baju besi atau baju tradisional Jepun atau Korea, antena serta “pom-pom”nya lebih panjang berbanding biasa.

Moogle disenaraikan sebagai Makhluk Final Fantasy yang terkenal selain Chocobo. Ia agak terkenal sehingga ia muncul di berberapa game lain seperti Kingdom Hearts,Dragon Quest X, Dota 2, Gunslinger Stratos 2, Yo-Kai Watch 3, Rise Of Mana, Mario Hops 3 on 3 dan Mario Sport Mix. Ia juga muncul sebagai cameo di Assasin’s Creed: Origins sebagai patung di kawasan kubu Layla Hassan. Dalam Movie Disney Wreck-It Ralph, dua Moogle muncul  dan terbang sebagai cameo di kawasan Game Sentral.

#SelimThe3rd

Sumber Rujukan:

 Final Fantasy XII Scenario Ultimania

TGS 2015: New Final Fantasy XV story beats, chocobos, fishing and more in latest ATR

Kuchera, Ben (May 23, 2006). “Robot Chicken pokes fun at Final Fantasy

Craig, Timothy J. (2000). Japan Pop!: Inside the World of Japanese Popular Culture

Patrick Gann. “Romancing SaGa”. RPGFan

Post a Comment

Previous Post Next Post