ada sahaja perkara yang dilakukan oleh usahawan emas dan bengkung terkenal, Nur Sajat di Instagram untuk menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya para pengikutnya.
Hari ini, Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah memuat naik sekeping foto memakai busana mewah berwarna merah berkonsepkan ‘red stiletto”.
Berdasarkan kaspyen yang ditulis pada foto tersebut, busana itu merupakan baju keduanya untuk majlis ‘malam berinai’ hasil ilham dari salah seorang pereka muda yang terkenal.
Foto tersebut telah membuatkan laman Instagram Sajat dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya.
Ehh, malam berinai?
Jika sebelum ini Sajat pernah mendedahkan bahawa dia sedang datang bulan kepada umum, kali ini netizen seolah-olah terkejut setelah melihat busana mewah tersebut untuk majlis ‘malam berinai’.
Tahniah bangjat, nak kahwin dah…
Tidak kurang pula, terdapat juga segelintir pengikut yang berseloroh dengan mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Bobo Di Mana itu.
Nampak boxer lah bang
Busana jarang itu membuatkan bahagian peha Sajat kelihatan sedikit terdedah dan memperlihatkan dengan jelas ‘girdle’ yang dipakai oleh Sajat.
Ramai yang mengusiknya dengan mengatakan Sajat seolah-olah memakai boxer untuk menutup behagian yang tertentu.
Pandai kau buat gimik Jat
Namun begitu, terdapat juga segelintir dari pengikut Sajat yang merasakan foto dan kapsyen yang dimuat naik oleh rakan baik Aliff Syukri tersebut hanyalah merupakan gimik untuk menarik perhatian ramai.
Sumber : IG Nur Sajat via ohmymedia
Sumber (3 Gambar) Niat kongsi foto busana mewah untuk majlis ‘malam berinai’ di IG bersama peminat, tetapi ‘boxer’ Sajat yang jadi perhatian
Tags:
mazeer