BKAP1M membabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
Pemberian BKAP1M walau bagaimanapun hanya layak untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja.
BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2018
Berikut adalah syarat kelayakan program Bantuan Awal Persekolahan 2017. Antaranya:
Murid warganegara Malaysia
Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 dengan isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah
Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mulai 20 Januari tahun semasa.
Untuk maklumat lanjut sila muat turun Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di sini.
Adakah program ini akan diteruskan untuk sesi persekolahan tahun 2018? Sama-sama kita nantikan pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober nanti.
KENYATAAN MEDIA: BKAP1M PERLU DIAGIH AWAL
KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) perlu diagihkan lebih awal bagi membantu keluarga berpendapatan rendah.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Aziz Ujang, berkata pihaknya menyambut baik keprihatinan kerajaan itu, namun mencadangkan supaya bantuan RM100 itu diagihkan lebih awal berbanding tahun lalu supaya dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka yang layak.
“Kami ingin mencadangkan supaya BKAP1M diberikan pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan, agar pelajar boleh menggunakannya untuk membeli kelengkapan awal persekolahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebanyak RM328 juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 bagi BKAP1M membabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima itu daripada keluarga dengan isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Sementara itu, Majlis Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Selangor, Datuk Azmin Mustam Abd Karim, berharap BKAP1M tidak disalah guna untuk tujuan lain.
“Ibu bapa yang menerima bagi pihak anak mereka perlulah bertanggungjawab menggunakan bantuan khas untuk keperluan persekolahan anak masing-masing.
“Kami mencadangkan agar wang RM100 itu ditukarkan kepada baucar supaya penerima bantuan tidak membeli barangan yang bukan berkaitan pendidikan,” katanya,
Sumber: Berita Harian
Artikel dipetik dari semakanonline.com
Sumber Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2018: RM100 Kepada Setiap Murid Yang Layak
Tags:
mazeer