Adakah tindik telinga bayi itu benar-benar selamat? Bagaimana pula dengan risiko infeksi sekiranya tindik telinga bayi terlalu awal?
Ini merupakan beberapa soalan yang akan dijawab melalui artikel ini.
“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih”
Wa alaikum mus salam.
Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)
Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.
Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.
Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.
Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat.
Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang an sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.
Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi.
Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.
Wallahu a’lam
kredit : Dr Zubaidi HJ Ahmad
Sumber Doktor kanan ini beri amaran bahaya tindik telinga bayi seawal usia 6 bulan dan kebawah, tindakan ini sebenarnya boleh sebabkan kejang dan sawan...
Tags:
mazeer