(9 Gambar) 'Mereka bukan orang, tetapi hanya sekadar sasaran' - Penemba k tepat Pro-Putin menang pertandingan ratu cantik



Seorang anak yatim ini menjadi pene mbak tepat dalam konflik berd a rah di timur Ukraine sebelum memenangi pertandingan ratu cantik.

Olga Shishkina, 21, secara sukarela menawarkan diri berpe rang untuk pihak pro-Putin dan berkata dia terpaksa berbuat demikian selepas dituduh sebagai perisik Ukraine.

Tetapi dia menjadi salah seorang pembu n uh paling dahsyat, apabila dia memilih sasarannya dari jarak hampir 4,000 kaki.



Berkata kepada media untuk pertama kalinya sebagai penembak tepat di barisan hadapan perang saudara itu, dia berkata, "Saya tidak b u n uh orang, anggapan seperti itu tidak tepat.

"Bagi kami, pene mb ak te pat, mereka bukan orang, tetapi sasaran. Saya tembak sasaran hidup agak kerap dan mereka adalah musuh. Saya tak fikir tentang siapa mereka yang saya tembak.

"Saya takkan fikir mereka mungkin ada anak, ibu dan keluarga. Ini adalah peperangan. Saya tak rasa kasihan pun pada mereka. Saya tak bunuh orang awam," katanya.

Shishkina berjuang dengan Republik Rakyat Donetsk yang menyokong Putin dan dua tahun lalu dia dipindahkan ke satu unit di bandar Donetsk untuk berkhidmat dalam peperangan itu.



Namun baru-baru ini dia menyertai pertandingan ratu cantik, 'Lady of the Republic'.

"Saya lulus ujian pemilihan, saya menjadi lebih yakin dan bertemu dengan ramai orang serta menyedari bahawa ada kehidupan lain, selain dari tentera," katanya.

Dalam pertandingan itu, Shishkina menang gelaran Wanita Transformasi, yang menyaksikan dia yang merupakan pene m bak tepat berubah menjadi ratu cantik dan menang sebuah komputer riba mahal sebagai hadiah.

Difahamkan, Shishkina kini mahu memulakan kehidupan baru dengan membuka sebuah kafe di Donetsk selain merancang untuk berkahwin di masa akan datang.

Mengulas mengenai kehidupannya yang luar biasa, dia berkata, dia adalah salah seorang dari 14 anak yang dilahirkan ibunya dan kesemua mereka diserahkan kepada rumah anak yatim.






Bapanya kemudian kembali mengambilnya tetapi men inggal dunia ketika Shishkina berusia lima tahun. Disebabkan itu, Shishkina kembali dijaga oleh pihak kebajikan negeri. 

Selepas rumah anak yatim yang didiaminya menjadi zon sasaran per ang pada 2014, dia mengambil keputusan untuk menjadi sukarelawan pada usia 17 tahun tetapi ditolak kerana dia perempuan dan terlalu muda. 

Tidak lama selepas itu, bandar Donetsk dirampas oleh pasukan Ukraine. - Daily Mail via the reporter



Sumber (9 Gambar) 'Mereka bukan orang, tetapi hanya sekadar sasaran' - Penemba k tepat Pro-Putin menang pertandingan ratu cantik

Post a Comment

Previous Post Next Post