Kenapa Orang Suka Dan Mahu Tonton Filem Seram?

Setiap kali sahaja menonton filem mahupun cerita seram, penonton sudah pasti terjebak didalam atmosfera cerita seram itu sendiri, meningkatkan rasa tidak selamat, gerun dan cemas.

Walaupun kita tahu cerita seram sangat tidak menyelesakan dan menakutkan bagi sesetengah penonton ataupun pembaca tidak mengira jantina, akan tetapi masih juga yang menyukai cerita seram. Kelihatan aneh bukan? Pemikiran manusia ini begitu unik dan sukar difahami, dah rasa takut tetapi tonton lagi? Kenapa perlu lihat kalau tahu filem seram menakutkan kita?

Sebab utama kita menyukai filem seram ialah kerana kita dapat lari darinya dan kita boleh “kawal” keadaan tersebut. Ini bermaksud apabila kita sudah sampai ditahap dimana kita sudah tidak tahan dengan keseraman sesebuah filem mahupun cerita, kita boleh keluar dari panggung wayang ataupun tutup mata. Sepertimana juga buku cerita seram, sudah terlalu seram tutup saja buku dan sambung bila rasa sudah okay.

Ini merupakan ketakutan yang kita boleh pilih dan kawal. Dan, sepertimana kita tahu, klimaks sesebuah filem ataupun cerita seram boleh berakhir sama ada yang baik ataupun buruk. Dan kita boleh jangkakan serta bersedia menghadapi nya (Sebagai contoh : Ah, saya tahu pengakhiran filem The Conjuring, keluarga mereka sudah pasti aman tenteram setelah rumah mereka “dibersihkan” dari entiti).

Tambahan lagi, sudah tentu kita merasai perasaan cemas kita sendiri selepas membaca cerita atau menonton filemm seram, perasaan pendek nafas, jantung berdegup-degup sehingga “rasa seakan ditekak” dan perasaan tidak boleh tidur malam.

Dengan kisah seram, secara ironi ia membuatkan kita berasa lebih erat antara satu sama lain, menonton dengan keluarga dan memeluk erat lengan mereka sewaktu babak seram. Ini menambahkan lagi perasaan “selamat” bahawa kita masih selamat dan tidak apa-apa. Meningkatkan hubungan kekeluargaan secara tidak langsung. Meningkatkan lagi perasaan untuk bersosial diantara satu sama lain.

Kalau kita melihat keadaan mengikut pendekatan saintifik, badan kita sememangnya sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan bahaya. Sebagai contoh apabila kita menonton filem seram, degupan jantung kita meningkat. Keadaan seram dan takut itu memberikan ransangan adrenalin yang tinggi serta dihasilkan oleh kelenjar adrenalin setelah mendapat rangsangan dari otak kita setelah melihat sesuatu yang menyeramkan atau mencemaskan.

Kita menjadi bernafas lebih laju serta setiap penjuru otot ditubuh kita diberikan darah dengan kandungan kaya dengan oksigen, dan keperluan inilah supaya tubuh badan kita untuk lari dari bahaya. (Yup! Cabut lari sebab dah terlalu takut, tak akan duduk diam sahaja kan?? Tetapi apabila kita tengah duduk tengok filem, berdebar dan berpeluh sahaja yang mampu)

Sememangnya ketakutan merupakan sesuatu yang negatif dan tidak elok untuk tubuh badan kita untuk jangka masa kerana terlebihnya pengeluaran hormon adrenalin akan menyebabkan kita cemas dan menyebabkan serangan jantung dan beberapa masalah perubatan yang lain, namun kalau ia bukan selalu dilakukan maka ia bukanlah perkara yang besar, kerana sesetengah orang ia menjadi satu ketagihan untuk menonton cerita atau filem seram kerana tahu ia sesuatu yang mengasyikkan dan merasai perasaan bahawa kita dapat mengawalnya (rasa seram tersebut) kerana kita tahu kita rasa selamat kerana ia bukanlah sesuatu yang realiti kerana benda seram itu berada hanya didalam filem sahaja.

Sedikit ketakutan tidak mengapa, hanya untuk mengetahui ia bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mengapa-apakan kita maka ia menyebabkan kita ingin terus kembali merasai pengalaman “seram” berulang kali.

Post a Comment

Previous Post Next Post