Nikah Buat Kali Ke 4,Usahawan Kacak Dari Kelantan Pemilik Baru Hati Selebriti Cantik, Natasha Hudson



Model dan pelakon, Natasha Hudson, 36, kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari negeri ini, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam tadi hanya sekali lafaz.

Natasha Liana Hudson atau lebih dikenali sebagai Natasha Hudson (lahir 9 September 1982) ialah seorang model, pelakon, penulis, pengacara TV dan humanis Malaysia, berketurunan Melayu-Australia. Selain kerjaya artis, beliau turut menerbitkan beberapa buku antaranya Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007). Adiknya, Tania Hudson juga pelakon.



Majlis secara sederhana yang berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai itu.

Natasha Hudson dan Noor Nashriq Sekarnor selamat diijabkabulkan secara sederhana yang berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian malam tadi.



Sebelum ini sebuah akhbar telah melaporkan Natasha Hudson mengakui dia kini sudah tidak mempunyai sebarang ikatan sah lagi dengan suaminya terdahulu, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.Untuk rekod, Natasha dan Carleed dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.



Manakala perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Neesa Helena. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber :  UTUSAN ONLINE


Biodata Lengkap Natasha Hudson
Nama Penuh: Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan
Nama Popular: Natasha Hudson
Gelaran: Datin
Tarikh Lahir: 9 September 1982
Umur: 34 tahun (2016)
Asal: Ipoh, Perak
Keturunan: Berdarah kacukan Melayu-Australia
Keluarga: Mempunya seorang adik bernama Tania Nadira Hudson (juga seorang pelakon dan model)
Tinggi:  172 cm (5 ft 8 in)
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Status: Berkahwin


Nama Suami: Carleed Khaza (Nama sebenar, Khalid Kamal), 37 tahun
Anak: 3 Orang (Nessa Helena, 8 tahun, Naeema Khaleela, 3 tahun dan Faatimah, 1 tahun)
Kerjaya: Model, Pelakon, Penulis, Pengacara TV
Buku: “Puisi Indah Si Pari-Pari dan My Heart My Soul My Passion
Anugerah: Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-20 (melalui filem Chermin, 2007)
Filem:
2007 – Chermin
2008 – Sumolah
2008 – Tipu Kanan Tipu Kiri
2011 – Halilinta
2013 – Langgar
2013 – Lemak Kampung Santan
2014 – Mamak Cupcakes
Drama TV:
2011 – Antara Keju dan Belacan
2011 – Bait Cinta
2011 – Deru Ombak
2012 – Andai Ku Tahu
2012 – Cinta Luar Biasa
2012 – Tudung
2012 – Pulau
Teater:
– Ibu zain
– Gamat
Instagram Natasha Hudson: https://ift.tt/2PqJExW
Wikipedia Natasha Hudson: https://ift.tt/2zXRUkv


Fakta Menarik Tentang Natasha Hudson


Natasha Hudson kini kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Beliau juga berkata bahawa penghijrahan kepada imej berhijab ini bukanlah kerana mahu berkahwin.
Beliau telah berkahwin dengan komposer muzik dan artis hip-hop, Carleed Khaza, 37 tahun pada 15 April 2012 setelah lebih dua tahun hidup menjanda.

Sebenarnya perkahwinan dengan Carleed Khaza adalah perkahwinan kali ke-3 sepanjang hidup Natasha Hudson. Beliau pernah berkahwin kali pertama yang hanya bertahan selama 4 bulan. Kemudian beliau berkahwin kali ke-2 namun juga berakhir dengan perceraian. Walaubagaimanapun, perkahwinan itu bertahan selama 2 tahun dan dianugerahkan dengan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : Azhan.co

Sumber Nikah Buat Kali Ke 4,Usahawan Kacak Dari Kelantan Pemilik Baru Hati Selebriti Cantik, Natasha Hudson

Post a Comment

Previous Post Next Post