Peminjam Rasa Teraniaya, Harap Syed Saddiq Dan KJ Selesaikan Isu Bayar Balik PTPTN



Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) akan membawa isu pembayaran semula PTPTN kepada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Twitter mereka semalam dan awal pagi ini. Menurut SS, dia tidak akan berhenti memperjuangkan nasib anak muda.

"Jangan risau, saya tidak akan berhenti berjuang demi anda," ujarnya.



Sementara itu, KJ dalam agendanya mengusulkan penangguhan mekanisme pembayaran baru PTPTN dan memastikan ia berlaku adil kepada peminjam yang sedang membuat pembayaran setiap bulan.




KJ berharap Jemaah Menteri bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan mekanisme itu kerana ia dilihat tidak adil bagi peminjam yang sudah bersetuju dan sedang membayar balik secara bulanan. 



Ramai yang bersetuju dengan KJ dan berharap SS juga akan menyuarakan perkara sama pada mesyuarat hari ini.


Setuju! Golongan tak mengelat rasa teraniaya



Golongan yang komited sedang membayar balik secara bulanan berasa seperti dianiayai kerana kerajaan seperti mengambil pendekatan 'pukul rata'.


"Jangan kacau kami, carilah mereka yang culas"



Sama-sama kita nantikan hasilnya hari ini! - CARI



Sumber Peminjam Rasa Teraniaya, Harap Syed Saddiq Dan KJ Selesaikan Isu Bayar Balik PTPTN

Post a Comment

Previous Post Next Post