"Saya Tiada Akses Wang Untuk Beli Harta" - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri



P Waytha Moorthy menjelaskan hampir semua pendapatan yang diperoleh sebagai peguam sebelum ini dibelanjakan untuk membantu masyarakat India miskin di negara ini.

Memetik Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hanya mengisytiharkan sumber pendapatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa tidak memiliki harta atau aset lain.



“Sepanjang hidup, saya seorang aktivis dan semua pendapatan dibelanjakan untuk memperjuangkan nasib masyarakat India yang miskin.

“Saya tidak ada akses wang untuk beli harta. Dalam 15 tahun ini, orang biasa yang lain mungkin ada (harta), saya pun dulu peguam tapi tak ada harta sebab semua pendapatan dah dibelanjakan seperti itu,” katanya.

Semakan dalam Portal Pengisytiharan Harta mendapati beberapa ahli parlimen termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, Datuk Liew Vui Keong, RSN Rayer, Wong Tack dan Mordi Bimol turut melakukan perkara sama apabila hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan tanpa jumlah aset.

“Saya sudah meminta pejabat saya memaklumkan kepada SPRM supaya letakkan nota pada nama saya dalam portal itu, mengatakan memang saya tak ada harta,” katanya.

Sumber "Saya Tiada Akses Wang Untuk Beli Harta" - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post