“Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap..” – Tak Pernah Ditegur Dari Kecil, Anak Boleh Rosak Masa Depan



Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil. Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak-kanak, kebiasaannya apabila dewasa sudah terdidik dengan baik.

Tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menegur dengan alasan anak-anak masih kecil. Bahkan ada kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan, tetapi mereka sanggup membiarkannya kerana anggapan anak-anak ‘masih budak’ lagi untuk menerima teguran.

Apa yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul. Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Anda pilih mahu anak anda yang bagaimana. Semoga bermanfaat kepada semua.

Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak “. Aduh! Parah!

Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) “

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.

Sumber : TaufiqRazif.com via Siakapkeli.my

Sumber “Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap..” – Tak Pernah Ditegur Dari Kecil, Anak Boleh Rosak Masa Depan

Post a Comment

Previous Post Next Post