Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik selepas kantoi minum ar ak



“Things like this happen, dugaan Allah nak bagi, and it has like ruined everything, i’m so sorry, you guys have the right to be mad at me” itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut Haneesya Hanee bekas pemenang Dewi Remaja edisi tahun ini.

Setelah beberapa hari bergelar juara, kini gelaran berkenaan telah ditarik balik setelah video dirinya bersama dua lagi peserta Dewi Remaja dilihat sedang berp arti sakan.

Gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

Ini pula kenyataan oleh Haneesya Hanee di majalah Remaja:

“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.

“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,”

Haneesya Hanee telah menyifatkan apa yang berlaku ini untuk dijadikan ihtibar dan akan menjadikan dirinya lebih kuat dan positif.

Selain itu, Haneesya Hanee turut meminta netizen dan masyarakat agar tak membabitkan keluarganya terutama menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.

“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,”

Haneesya Hanee berkata sedemikian dengan rasa sedih dan sambil mengalirkan air mata.

Dalam pada itu dua lagi peserta yang turut berada di dalam video itu juga tidak dibenarkan untuk menggunakan nama Dewi Remaja. Mereka ialah Fazreen dan juga Ernisha.

Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.

Sumber: REMAJA



GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.

Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv sebentar tadi. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.

Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.

“Pihak kami tidak berkompromi dengan perkara seperti ini kerana ia melibatkan reputasi jenama Dewi Remaja, majalah Remaja dan peserta yang lain juga.

“Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan menarik balik gelaran tersebut daripada Haneesya Hanee,” katanya.

Tambah Faiz lagi, tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018/2019 tiada pemenang.

“Kami kesal dengan kejadian ini. Pun begitu, pihak kami akan terus menyokong kerjaya Haneesya Hanee biarpun tidak bergelar Dewi Remaja lagi,” jelasnya.

Sumber Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik selepas kantoi minum ar ak

Post a Comment

Previous Post Next Post