Inilah sebab kenapa penting sendawakan bayi selepas menyusu, Ramai ibubapa ambil remeh perkara ini..



Sendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walaupun adakalanya ia mengambil masa dan bayi susah untuk disendawakan.

Ada segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan kepentingan sendawa pada bayi.

Jangan culas untuk sendawakan bayi walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu. Biasanya bayi baru lahir akan mudah tertidur selepas penyusuan.

Walaupun bayi tidur, anda perlu sendawa bayi setiap kali penyusuan iaitu secara terus daripada payudara, menggunakan botol atau minum dengan cawan kecil.

Ikuti perkongsian saudara Taufiq Razif mengenai pentingkan membuat bayi sendawa selepas menyusu.

Dah sendawakan baby dah sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru.

Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.


American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita.

Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.

Sumber Inilah sebab kenapa penting sendawakan bayi selepas menyusu, Ramai ibubapa ambil remeh perkara ini..

Post a Comment

Previous Post Next Post