Makin Hari Aku Dapat Rasakan Adik Beradik Makin Berenggang Dengan Kami. Mereka Pakai Estima, Kami Hanya Mampu Pakai Kereta Saga



Assalamualaikum.

Kami antara pasangan yang terkesan dengan kenaikan harga barang & taraf hidup. Pendapatan saya RM3600 & suami sekitar rm1800. Berkelahi tentang wang bukan lagi rutin bulanan kami. Kami mula belajar tentang bersyukur dan bertolak ansur.

Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini.

Mari baca confession ni dari sudut kekeluargaan. Lupakan tentang pandangan politik dan naik turun matawang kita.

Penggunaan RM yang terhad berbanding dengan permintaan yang tinggi membuatkan kami suami isteri ikat perut. Ya, ikat perut. Kalau sekali ke pasaraya spend rm100. Ya, kami adalah pasangan yang tak mampu untuk membeli belah.

Mana nak fikir rumah sewa, susu pampers anak, perbelanjaan harian, ansuran kereta & motor.tanggungan ibu bapa dan mertua. Sesak nafas!

Gambar hiasan

Kami sampaikan pernah cuba menunggang motor dari Subang ke Kota Damansara membawa anak yang tak sampai setahun. Semua gara-gara ingin berjimat. Sudahnya, seminggu anak saya selsema..kata doc sebab asap & paru paru anak masih tak cukup kuat.

Saya pernah bersembang dengan seorang kakak didalam bas. Waktu itu sekitar jam 12+ tengahari, dia baru balik kerja. Jaga parking sekitar sentul. Katanya dia kerja malam sebab ada elaun, sy komen “sekarang ni nak makan pun susah,kan” katanya gaji dia rm1200, gaji suami rm900, tingkat bersama mak yang lumpuh, 2 anak yang masih bersekolah & adik yang ada masalah mental. Rutinnya balik kerja berhenti di chow kit road untuk membeli barangan basah, balik masak dan tidur. Kisahnya merentap hati saya. Bagaimana saya boleh fikir miskin berbanding kakak ni..

Saya pernah terdengar kata kata indah, wang tidak mengubah seseorang, wang hanya menzahirkan nilai kamu yang sebenar. Sungguh! Bila tiada seorang pun dari 6 orang ahli keluarga saya sudi datang kerumah, terniang niang kata kata ini ditelinga. Tinggal di flat murahan dengan perabot serba kekurangan membuatkan saya rasa sedikit terhina.

Gambar hiasan

Tambah pula bila adik beradik ipar yang dulunya memilih rumah kami sebagai destinasi wajib tiap kali dtg ke KL mula ke rumah adik ipar yang baru berkahwin dan tinggal di Kondominium. Kereta Saga kami yang usung mereka kemana saja bukan lagi pilihan setelah adik ipar menukar kereta toyota lama kepada estima.

Mulanya kami berbaik sangka, mesej adik ipar yang duduk di kondominium ni walaupun tak balas. Fikir saya sibuk barangkali. Tapi, tadi dapat tahu dari adik ipar bongsu, adik ipar ni dah tukar no tel. Bila ditanya no baru, kakaknya pesan suruh mesej no lamanya saja. Ya, no yang whatsappnya tak pernah dibalas sejak september. Seketika saya teringat, 4 kali kerumah mereka tanpa sekali pun sudi datang ke rumah kami. Adik beradik ipar dah berjangkit penyakit adik beradik saya ke?

Mungkin kisah ni lebih kepada sensitiviti orang miskin. Mungkin saya terlalu berfikir tentang perkara yang tak perlu diambil endah orang orang lain.

Saya tak tahu apa yang orang lain alami. Tapi saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk kepada kami. Mungkin nasi panas & ikan kering kami tak layak untuk tekak orang lain. Mungkin lantai alas tikar getah kami buat kulit mereka gatal… mungkin!

Wallahi, kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, datanglah bila bila masa, pintu rumah kami masih & sentiasa terbuka untuk kamu. Adik, abang, kakak,…kerana darah yang mengalir dalam badan saya & suami adalah d4rah yang sama dengan kamu. Walaupun d4rah ini hiina kerana kemiskinan kami.

– Orang Miskin Yang Bersyukur  via IIUMC

Sumber Makin Hari Aku Dapat Rasakan Adik Beradik Makin Berenggang Dengan Kami. Mereka Pakai Estima, Kami Hanya Mampu Pakai Kereta Saga

Post a Comment

Previous Post Next Post