Kalau nak pergi check doktor, tak payahlah pakai tudung lilit-lilit bagai,payah tau nak cek telinga,leher nak periksa thyroid, pakai tudung makcik bawang camni pun ok dah' - Dr Izzat



Kalau nak p cek mengandong plak tkyah la beriye nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa dah. Bila suro selak perut nak scan segan pulakk.

Kalau nak gak pakai jubah, sila lah pakai kain satu lagi kat dalam, atau leggings ka, senang la nak selak perut utk check perut dan scan.

Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung siti nurhaliza ka ramlah ram ka fazidah joned ka sanisah huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan kat umah bila g jumpa Dr na. Pakai biasa-biasa dah tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa Dr tu hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London

Kalau pakai tudung makcik bawang mcm kat bawah ni pun dah ok dah, tudung makcik bawang takpe, jangan perangai makcik bawang je.

Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.

Tolong eh sissturrr.

Kalau sesiapa yang cari tudung seperti kat bawah ni boleh carik sis Tayang Hamzah. Dia banyak design tudung rare

Ramai wanita ingin tampil bergaya dan menawan di mana juga mereka berada termasuklah ketika menerima rawatan di pusat kesihatan. Namun ramai yang tidak tahu, gaya yang sesuai amat diperlukan bagi memudahkan tugas doktor yang memeriksa. Hal ini wajar dititikberatkan apabila kita mengunjungi doktor, terutama di pusat rawatan kerajaan. Ini kerana pemakaian yang tidak sesuaikan akan melambatkan lagi proses rawatan, lalu menyebabkan ramai pes akit terpaksa menanti lebih lama . Seorang doktor, Muhammad Izzat berkongsi melalui Facebooknya mengenai pemakaian yang sesuai untuk tujuan rawatan.



Kalau nak pegi check Dr, tak payah la pakai tudung lilit2, kan payah pulak dah nak cek telinga, nak cek leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa2 sudah.



Selain itu, bagi ibu mengandung, elakkan pemakaian jubah kerana ianya menyukarkan pemeriksaan perut.

Cek Mengandong Plak Tkyah La Beriye Nak Pakai Jubah



Pemakaian yang terlalu ranggi mahupun bergaya juga tidak begitu sesuai untuk rawatan doktor kerana berjumpa doktor bukanlah suatu upacara keramaian yang memerlukan pemakaian yang terlalu cantik.



Melainkan Lepas Jumpa Dr Tu Hangpa Ada Konsert

Akhir sekali Dr Izzat menyarankan pemakaian tudung yang ringkas seperti tudung ‘instant’ yang lebih selesa dan memudahkan pemeriksaan doktor.



First Time Org Dtg Dewan Bersalin Mcm Artis Nk G Show.




Tidak kurang juga ramai yang mengusik doktor ini kerana lucu dengan gambar yang dikongsikannya.



Dalam ramai yang memuji teguran bersahaja doktor ini, terdapat juga pembaca yang ‘terasa’ dan mengatakan beliau kurang professional.



Komen2 lain.

Keh keh keh keh.. nama Tayang gak kena jual

Tudung pink tu cantik la… boleh ek amik design tu untuk tudung pink october?

Teringat masa nak check up kt hospital, masuk dewan bersalin (sbb rasa leaking) saya pakai blouse cotton warna pink cair. Lepas settle check up ambik buku pink nak balik. Sekali nurse tahan, eh awak warded ni mana boleh balik. Hahaha nurse ni baju sayaaa bukan baju hospital “Lain kali jgn pakai baju kaler ni ea. Confused sudah haha”

Adoiiiyaiii… Ad jugak ke jenis pakai jubah n xpakai pape kain n seluar kt dalam?! Hahaha nampak tiang letrik jamban adik akak sume, malu sikit ikut la warna gelap skalipun cubalaa bdiri tgh panas hahaha

dia pegi klinik sebab pening kepala katanyaa ,tapi sembur minyak wangi satu botol habis .dgn org2 dekat klinik tu ikut pening

sejenis post insta review ke ni incek doktor?mohon tanda pagar nama penaja plis..hahahaha

satu lagi jangan lah dipakai perfume sembur habis sebotol. Ibu mengandung ni kadang alah dengan bau. Elok je mood tiba tingtong dibuatnya gara wangi dah macam nak clubing

Nak tambah jgk..kalau nk g check mata pun sama..xyah lah duk pakai eye shadow..eye liner maskara bagai…doktor nk check pun susah

betul sgt apa yg doktor ni ckap. Pakai lawa2 belit² byak2 pin xle fikir ke susah doc nak selak situ sini.. yg ceq perut pn 1hal, sudah tntu la ceq perut kena selak pakai jubah pakilah legig kat dlm, xde la rsa malu bila doc tengok kan. xkan benda simple mcm ni pun doktor nak kena ajar..m

Nak tambah sikit..kalau pergi klinik sakit dada jgn la pakai barang kemas sp ke siku..jenuh nk nk tggu bukak suma brg kemas tu nk buat ecg..pastu kepala tali pinggang tu jgn la besar sgt da mcm wwf punya tali pinggang..effect tau sume tu bila buat ecg..jenuh nk ulang buat ecg spy xde artifact byk sgt

satu hal, jangan pakai baju ketat seluar ketat masa nak cek up pregnancy .. tak sesuai.. pakai jubah dalam pakai kain lagi 1 tu lg baik.. xde lah sendat sana sini.. dan pakai tudung sarung cukup .. tutup aurat bagi muslimah

Sumber: Muhammad Izzat via coretanmedia.com

Sumber Kalau nak pergi check doktor, tak payahlah pakai tudung lilit-lilit bagai,payah tau nak cek telinga,leher nak periksa thyroid, pakai tudung makcik bawang camni pun ok dah' - Dr Izzat

Post a Comment

Previous Post Next Post