Rawatan Bekam Pada Bayi baru Lahir? Boleh Atau Tidak? Ini Yang Ibubapa Mesti tahu...Tolong Jangan Abaikan



Menurut pegawai perubatan Sarjana, Dr Afiq Izzudin A. Rahim yang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar kesihatan MedTweetMy jelas mengatakan bekam adalah tidak selamat dan tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah, terutamanya bayi yang baru lahir.

Beliau turut memperjelaskan lagi bahawa sehingga kini masih tiada bukti pun mengenai manfaat atau keberkesanan amalan berbekam untuk bayi. Untuk bayi yang baru lahir, susu ibu adalah ubat yang terbaik sama ada kembung perut atau sakit kuning.

Dr Afiq turut menjelaskan lagi bahawa rawatan bekam hanya boleh dilakukan kepada mereka yang berumur 10 hingga 65 tahun sahaja, dengan syarat_syarat tertentu. Hal ini jelas termaktub dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan menerima rawatan bekam berkenaan. Saya juga tidak pernah jumpa lagi kajian yang membolehkan bayi melakukan amalan itu,” katanya.

Hal ini menjadi persoalan dikalangan pengguna media sosial apabila tersebarnya sebuah video pendek yang menunjukkan seorang bayi berusia 40 hari dibekam. Video itu dipercayai berlaku di Indonesia berdasarkan pertuturan dan dialek individu di dalam video.

“Bagaimanapun, saya tahu ada perawat-perawat alternatif di Indonesia yang menggalakkan amalan ini dilakukan terhadap bayi namun kajian itu agak lemah dan tidak kukuh kerana ia merupakan pendapat peribadi perawat tersebut.

“Rawatan bekam secara umum adalah untuk mengeluarkan darah kotor di dalam badan dan ia hanya berfungsi sebagai rawatan  sampingan (complimentary) dalam perubatan moden, khusus untuk pesakit yang menghidap masalah sendi. Malah, ia juga tidak sesuai dilakukan ke atas seseorang yang sedang demam.

“Bila tengok balik video itu, posisi cawan bekam yang diletakkan di antara tulang belikat bayi itu tiada kaitan untuk mengeluarkan angin sebaliknya hanya untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian atas badan dan tekak,” katanya.

Menurut Dr Afiq lagi, rawatan bekam juga memberi risiko penyebaran penyakit berjangkit melaui penggunaan bekas yang tidak disteril atau dibersihkan dengan betul.

“Amalan bekam ini juga memiliki risiko seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit dan jangkitan kuman pada luka.

“Terdapat dua jenis bekam, dry cupping (bekam kering) dan wet cupping (bekam basah).


 “Berdasarkan penelitian video itu, mungkin mereka melakukan ‘dry cupping’ terhadap bayi berkenaan.

“Meskipun dalam video itu bayi berkenaan tidak menangis atau memberi tanda dia sedang sakit, tetapi kita harus faham bekam ini mungkin bersifat invasif.

“Yang paling kita takuti jika bayi ini sudah nyawa-nyawa ikan dan terlambat untuk diselamatkan.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada komplikasi bekam yang membawa kepada kematian,” katanya.

Dr Afiq turut memberi nasihat kepada ibu bapa diluar sana agar jangan mudah percaya dengan panduan kesihatan yang dikongsikan di laman sosial. Jika terdapat sebarang masalah terutama melibatkan bayi, ibu bapa dinasihati supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Sumber : mStar Online

Sumber Rawatan Bekam Pada Bayi baru Lahir? Boleh Atau Tidak? Ini Yang Ibubapa Mesti tahu...Tolong Jangan Abaikan

Post a Comment

Previous Post Next Post