Kenapa 'orang putih' Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi? Ini Yang Ramai Tidak Tahu Rahsianya...



Perasan tak bila setiap kali lihat filem atau drama dari barat terutamanya Amerika Syarikat pasti anda babak waktu pagi dimana pelakon sedang meneguk jus oren. Sudah seperti kemestian mereka untuk ambil jus oren sebagai menu sarapan. Samalah seperti kita di Malaysia iaitu teh tarik atau kopi panas.

Namun kenapa agaknya Mat Salleh lebih suka mengambil jus oren berbanding minuman lain pada sarapan pagi. Mesti ada kelebihan dan manfaat tersendiri. Jom bongkar…

Jadi lebih segar
Kandungan gula semulajadi dalam oren akan membantu anda terasa lebih segar dan bertenaga. Kajian juga mengatakan warna ceria buah oren juga memberi stimulasi bagus untuk konsentrasi dan meningkatkan tenaga.

Penyerapan nutrisi
Dikatakan juga penyerapan nutrisi pada waktu pagi lebih baik kerana ketika itu perut kosong dan bersedia menerima apa sahaja kebaikan. Jadi minum jus buah ketika itu telah menjamin anda mendapat pelbagai kebaikan vitamin dan nutrisi.



Metabolism tinggi
Sistem penghadaman juga jadi lebih bagus dan sekaligus memberi anda metabolism yang tinggi. Senang kata, jus oren memudahkan pencernaan anda. Pagi-pagi badan dah terasa ringan.

Namun anda harus berwaspada, dikhuatiri asid dalam jus oren boleh memberi kesan senak atau tidak selesa pada perut yang sensitif. Lebih lagi pada mereka yang kerap terkena ulser perut.

Kebaikan Minum Jus Oren Segar Setiap Hari
Bila kita menginap di hotel, kita selalu perasan jus oren akan dihidangkan ketika waktu bersarapan bersama-sama kopi, teh dan susu. Selain jus oren, kadang-kadang ada juga jus buah-buahan segar yang lain. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita minum jus buah-buahan di waktu pagi. Antaranya mengelakkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman. Tapi kali ni saya nak fokus pada jus oren segar sahaja.



Banyak sangat kebaikan kalau kita minum jus oren setiap hari lebih-lebih lagi jika disediakan segar dirumah. Biasanya yang dalam kotak tu, dah dicampur bahan pengawet ataupun gula yang berlebihan. Jadi saya nak kongsikan dengan semua betapa bagusnya kita minum jus oren setiap hari!

~ Vitamin C – Rasanya ramai sedia maklum bahawa oren memang kaya dengan Vitamin C. Ianya adalah sebahagian dari keluarga buah sitrus yang boleh membantu meningkatkan imun sistem supaya badan dapat menentang infeksi dan penyakit dengan lebih baik. Selain daripada itu, Vitamin C juga dapat memastikan tubuh badan menyerap kalsium dan zat besi dengan baik.

~ Hesperidin – atau dikenali sebagai bioflavonoid (macam biasa dengar je pasal bioflavonoid ni kan? hihihi). Fungsinya adalah untuk membantu fungsi saluran darah dalam badan, mengawal tekanan darah yang normal dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular.

~ Asid folik – sangat penting untuk wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Ibu yang hamil memerlukan asid folik agar dapat mengelakkan masalah pada saraf tunjang dan otak bayi.

Jus Oren
~ Masalah kulit – ianya membantu membersih dan mengecilkan pori di kulit. Jus oren juga dipercayai dapat mengelakkan kedut dan garisan halus di muka.

~ Kolagen – kandungan Vitamin C yang tinggi dalam jus oren adalah sangat baik untuk penghasilan kolagen. Ianya bukan sahaja untuk kulit malah kolagen adalah struktur penting dalam tulang, sendi, ligamen dan saluran darah.

Selain dari yang saya kongsikan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan jus oren. Namun, dalam kebaikannya, jus oren mengandungi kadar gula yang tinggi meskipun yang diperah secara semulajadi. Pengambilan yang berlebihan tanpa diseimbangkan dengan air masak mungkin akan mendatangkan keburukan.

Jika kalian ingin mendapatkan kebaikan jus oren tanpa merisikokan tahap gula dalam badan, saya ada penyelesaiannya di SINI.

Semoga bermanafaat!

sumber: wanista via diarinutrisi/ gengjoyah

Sumber Kenapa 'orang putih' Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi? Ini Yang Ramai Tidak Tahu Rahsianya...

Post a Comment

Previous Post Next Post