‘Melayu 'rare' macam saya kini diancam kepupusan, dan ini sudah semestinya sangat bahaya!’ – Siti Kasim



Aktivis dan peguam, Siti Kasim kecewa dengan prestasi 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang tidak melakukan apa-apa untuk menangai isu kaum dan agama.

Malah, tambah beliau, kerajaan tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengubah minda Melayu yang berfikiran tidak sama dengan Melayu sepertinya yang disifatkan semakin pupus dan keadaan ini sangat bahaya.


 Siti Kasim berkata demikian dalam satu forum ‘Malaysia Baru: 61 Years after Merdeka, Does Ethnicity and Religion Matter?’

Berikut merupakan transkip penuh Siti Kasim yang disediakan oleh TTKM:

Selepas 100 hari pentadbiran, saya tidak nampak kerajaan menuju ke arah perubahan yang saya jangkakan. Malah saya rasa kerajaan tidak berbuat apa-apa berhubung kebimbangan kami. Saya selalu katakan perkara ini, saya katakan di khalayak umum juga iaitu kebimbangan utama saya ialah mengenai isu agama dan kaum.

Ini benar-benar masalah yang dihadapi oleh negara kita sekarang.



(Isu) rasuah anda boleh tanganinya. Masalah ekonomi anda boleh tanganinya.

Tetapi bagaimana anda mahu menangani isu agama dan kaum?

Ini benar-benar masalah yang serius, jika kita tidak melihat perkara ini. Jjika politikus tidak menggunakan posisi mereka dan kuasa yang ada pada mereka untuk mengubah minda melayu.

Saya mohon maaf untuk katakan ini, saya melayu, tetapi tidak ramai melayu seperti saya lagi. Kami adalah spesis yang diancam kepupusan dan ia sangat merbahaya .

Apa yang saya nampak dan kaji orang melayu muda yang memberikan komen bertentangan dengan nilai yang saya percaya kebanyakkan dari kita hargai.

Mereka ini orang melayu muda, orang melayu profesional, mengapa mereka jadi begitu? Jadi kita perlu lihat kepada penyebabnya kenapa orang melayu muda kita, cara mereka berfikir sangat berlainan dan mereka benar-benar tidak boleh berfikir secara rasional seperti kebanyakkan kita.

Saya benar-benar takut untuk masa depan Malaysia.”

-TTKM- via cempedakcheese.com

Sumber ‘Melayu 'rare' macam saya kini diancam kepupusan, dan ini sudah semestinya sangat bahaya!’ – Siti Kasim

Post a Comment

Previous Post Next Post