Bila sudah jadi ibu bapa, bermacam-macam tanggungjawab yang perlu korang ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy.
Tapi biasalah, kalau korang buat salah sikit kat public, mesti ada je mulut makcik bawang nak salahkan parents tak reti jaga anak. Ouch!
Baru-baru ni, viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara-gara ibu bapa bawa stroller naik tangga bergerak tu. Adoi!
“Jangan bawa anak turun eskalator. Bahaya!”
Menurut netizen terbabit, kejadian yang berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC) ni terjadi sebab parents bawa anak dorang yang naik stroller ni turun eskalator. Entah macam mana, budak tu tergelincir pulak.
Yang jadi sakit hati, lif selalu penuhi dengan manusia ‘sihat’ yang tak mahu bagi ruang kat parents dengan stroller untuk menggunakannya.
“Obviously salah the parents. We all know know we cannot use escalator WITH stroller”
Bila dah jadi tragedi macam ni, mestilah ada geng makcik bawang dan netizen yang nak tuduh menuduh kononnya ibu bapa zaman sekarang memang tak reti jaga anak.
Walaupun tweet tersebut telah dipadam, netizen ni telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen lain sebab dia menuduh parents terbabit PEMALAS nak tunggu lif. Kalau parents tersebut tunggu, mungkin ada yang nak bagi ruang mereka masuk ke dalam. Oh gitu, katanya first come first serve!
“Dia belum pernah usung stroller kat mall la tu”
Rata-rata tak bersetuju dengan apa yang diluahkan netizen kat atas ni, ramai yang komen mengatakan netizen terbabit sebenarnya tak ada experience bawa stroller ke mall agaknya. Dia tak tahu betapa stress parents yang menghadapi situasi tersebut.
Apa-apapun, ini adalah peringatan terbaik buat parents kat luar sana supaya jangan ambil jalan mudah dengan guna eskalator bila bawa stroller. Bagi pengguna tegar lif pulak, tolonglah prihatin sikit kat mereka yang bawa anak dan guna kerusi roda. Kalau masih sihat, please naik eskalator ye.
sumbet: lobak merah
Sumber Netizen Bawang Ini Kena Bash Lepas Salahkan Parents Guna Eskalator Walaupun Bawa Stroller Hingga Anak Jatuh
Tags:
mazeer