Seburuk buruk adik-beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap..



Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.



Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ??

Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ?? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak.,

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.



Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata allah..

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..

Sumber : Mahadi Razak via adamhawa.my

Sumber Seburuk buruk adik-beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap..

Post a Comment

Previous Post Next Post