Sedih Sangat! Pelajar ini menetap di pondok usang, kerja menombak sawit selepas ditinggal ibu bapa



SEORANG pelajar lelaki terpaksa tinggal di sebuah pondok usang selepas ditinggal oleh kedua ibu bapanya yang masing-masing beragama Islam dan Kristian.

Menurut Cikgu Arbin yang berkongsi kisah sedih pelajar tingkatan 3 tersebut, remaja bernama Alvin Sofian itu merupakan salah seorang pelajarnya.

Pelajar ditinggal ibu bapa

Menurutnya Alvin telah ditinggalkan oleh ibu bapa. Ibunya berada di Kota Marudu manakala bapanya sudah pulang ke Filipina.

Ibunya berbangsa Murut dan beragama Islam manakala bapa berbangsa Filipina beragama Kristian.

Sejak ibu dan bapanya berpisah pada awalnya Alvin dipelihara oleh ibu, namun disebabkan ibu mempunyai penyakit dan tidak mampu menjaganya lagi, dia diserahkan kepada makciknya (kakak kepada bapanya) yang berkahwin dengan seorang tauke Cina beragama Kristian.

Alvin mengaku sebagai seorang Islam kerana ibunya beragama islam. Sejak tahun lalu Alvin berpindah ke sekolah SMK Kalabakan, dia telah diberikan sebuah pondok usang untuk berteduh.



Jika mahu makan, Alvin akan pergi ke rumah suami makciknya. Bagi menampung keperluan hidup pula, dia terpaksa bekerja di sebelah pagi atau petang di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM80 setan menombak buah sawit.




Sumber : milosuam.net


Sumber Sedih Sangat! Pelajar ini menetap di pondok usang, kerja menombak sawit selepas ditinggal ibu bapa

Post a Comment

Previous Post Next Post