“Walaupun tersangat kaya, tapi pak cik ni malu nak bergambar dan tunjuk kemewahan yang ada” – Wanita ini kongsi rahsia diamalkan lelaki tersebut,sungguh tak sangka!



LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB…

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid



Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar dan menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln…
Belanja RM 20k dan baki RM50k, dia sedekah dan infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10…



Saya catat dan mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang dan berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah dam bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang dan mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..

Maka dia pun nasihatkan saya..
“Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan..
Ikat perut dan usah membazir..
Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn dan minum..

Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn dan minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln…
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..

Gunakan waktu antara maghrib dan isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung dan rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..



9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2…

Rezeki, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu..
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.

Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat. Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.

Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan?

Bagaimana respons kita terhadapnya?

Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.

Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.

Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.

Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” — Al-Bakarah: 274

Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang?

Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok.

Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan.

Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira.

Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki Dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa.

Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.

Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia.

Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim.Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.

Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.

Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain.

Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

Credit : Hamba Allah via FB Azamiah Mohamad

Sila share jika bermanfaat

#SyukurSelalu via theklasik.com

Sumber “Walaupun tersangat kaya, tapi pak cik ni malu nak bergambar dan tunjuk kemewahan yang ada” – Wanita ini kongsi rahsia diamalkan lelaki tersebut,sungguh tak sangka!

Post a Comment

Previous Post Next Post