Ini memang satu perbuatan yang amat lah pelik. Seorang wanita kini sedang membuat perancangan untuk berkahwin dengan selimutnya sendiri.
Berkata tentang hal itu, dia berkata ini adalah kerana dia mendakwa ia adalah ‘hubungan paling intim dan boleh dipercayai’ yang pernah dimilikinya.
Pascale Sellick yang kini berumur 49 tahun, akan menganjurkan satu majlis perkahwinan yang dikatakan amat mewah dengan bantuan seorang perancang perkahwinan untuk meraikan cintanya di ruang tidur.
Bekerja sebagai seirang artis, Pascale Sellick telah pun menghantar jemputan terbuka kepada sesiapa yang ingin meraikannya.
Ini komen Pascale Sellick:
BAHASA MELAYU
“Selimut saya adalah hubungan terpanjang, paling kuat, paling intim dan boleh dipercayai yang pernah saya alami kerana ia selalu ada untuk saya dan memberikan saya pelukan hebat.
“Saya suka selimut saya, jadi saya ingin menjemput orang untuk menyaksikan perkahwinan saya dengan peneman paling setian dan selesa dalam hidup saya.
“Majlis itu akan ada muzik, ketawa dan hiburan.”
ENGLISH
“My duvet is the longest, strongest, most intimate and reliable relationship that I have ever had. That’s because it has always been there for me and gives me great hugs,”
“I love my duvet so much I would like to invite people to witness my union with the most constant, comforting companion in my life.
“There will be music and a ceremony, laughs and entertainment.”
Pascale akan mengenakan gaun malam, gaun pengantin dan selipar untuk meraikan hari besarnya.
Tetapi, dia enggan mendedahkan pakaian ‘suaminya’ kerana ingin menjadikan ia satu kejutan.
Majlis perkahwinan yang pelik berkenaaan akan diadakan pada 10 Februari di Rougemont Gardens di Exeter, Devon diikuti dengan parti perkahwinan percuma di The Glorious Art House di Fore Street.
Sumber- mStar / Mirror UK via http://bit.ly/2B1rn60
Sumber Wanita Ini Buat Keputusan Paling Pelik Dalam Sejarah Manusia Apabila Nekad Kahwini Selimut Sendiri
Tags:
mazeer