Wernher Von Braun: Saintis Roket Nazi Terkenal

You started something out of curiosity or just for the “pure science” of it.

Next, you find yourself building a “vehicle” for both space exploration and the weapon of mass destruction, which is Intercontinental Balistic Missile.

Wernher Von Braun dilahirkan pada tahun 1912, di bandar Wirsitz, Jerman. Ketika masih berada di sekolah tinggi, iaitu pada tahun 1928, beliau menyertai sebuah persatuan yang dikenali sebagai “Verein für Raumschiffahrt”, (Persatuan Pengembaraan Angkasa). Di sini, beliau dan beberapa rakan yang lain mula membuat eksperimen berkenaan roket yang menggunakan bahan bakar cecair.

Semasa Perang Dunia Ke-2, Von Braun merupakan ketua teknikal bagi pembangunan Roket balistik V-2. Roket V-2 ini adalah roket balistik pertama dalam dunia, ia dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan.

Walau bagaimanapun, menurut pakar persenjataan dan sejarah ketenteraan, Roket V-2 tidak lah menjadi sebuah senjata yang ampuh bagi menundukkan Pihak Berikat. Ia boleh dikatakan lebih kepada “senjata psikologi”.

Setelah kekalahan pihak Nazi, Von Braun sedar bahawa Amerika Syarikat dan Soviet amat mendahagakan kebolehan persenjataan yang dibangunkan oleh beliau ini. Von Braun akhirnya menyerah kalah kepada tentera Amerika Syarikat bersama ratusan saintis dan pakar lain.

Kemudian di Amerika Syarikat, Von Braun menjadi pengarah NASA iaitu di Marshall Space Flight Center yang terletak di Alabama. Beliau turut membantu dalam reka bentuk Roket “Saturn V” (No 5 Roman, dan bukannya Vengeance seperti Roket V-2). Saturn V ini kemudian digunakan untuk membawa manusia ke angkasa dan ke bulan.

Setelah Roket V-2 pertama menghentam London pada September 1944, Von Braun dilaporkan berkata,

“Roket tersebut berfungsi dengan sempurna, kecuali ia mendarat di planet yang salah.”

Post a Comment

Previous Post Next Post