Anak Suhaimi Saad beristighfar Selepas baca komen terlajak cerdik netizen



Ramai juga yang tanya bagaimana keadaan anak kepada Suhaimi Saad yang kini sedang jadi tumpuan dan menerima banyak kritikan dari para netizen.



Namun di laman FB miliknya, Suhaimi Saad (ss) mengatakan anaknya tahu segala tentang kontroversi yang melanda ayah mereka.

Kata SS lagi, anaknya itu telah beristighfar apabila membaca komen yang ditulis oleh netizen kepada Suhaimi Saad.

Ini pendedahan dari Suhaimi Saad



Anak anak ss tahu semua cerita tentang ss.
Kami tak ada rahsia.

Bila mereka terbaca komen komen netizen,
Mereka istighfar.



Demi Allah,
Ini antara komen mereka :

“ya Allah,macam tak takut dosa langsung..yang pompuan pun sama”



“macam ni ke akhlak orang yang pergi sekolah..?”

“buat main main je dengan agama.. Orang tulis pasal lain, dia tulis lain.”



“ayah, diorang tak tau ke nanti jari-jari tu akan bercakap apa yang dia tulis”

ss memang elakkan daripada membiar anak anak membaca komen, tapi kadang kadang ada masanya mereka terbaca.

Nabi kata,
Katakanlah yang baik baik atau diamlah.

Betul kata Hadie anak sulung ss.
Tangan dan kaki kita akan berbicara di akhirat kelak.sedang mulut kita terkunci rapi.

Aku memang bukan orang yang baik.
Tapi aku tidak suka datang memaki dan menulis yang buruk di wall orang lain.



Itulah pendedahan dari Suhaimi Saafd tentang anaknya yang membaca komen dari netizen yang mengecamnya terutama melibatkan isu anti vaksi, tak hantar anak kesekolah dan juga isu bumi leper dan juga graviti.

Suhaimi Saad juga menjelaskan anaknya kini sedang bertambah maju dari segi pelajaran yang diajar olehnya.

Ini komen Suhaimi Saad lagi:

KAMI BELAJAR

Selain Al Quran dan hadis,
Kami juga belajar bahasa melayu,english,matematik,kemahiran hidup dan sains secara asas.

ss tak ajar anak tentang bumi flat.
Itu kajian ss

Minggu lepas,
Untuk pelajaran English,
ss ajar anak anak dan minta mereka hafal beberapa perkataan seperti God angel prophet holybook paradise hellfire sin reward dan lain lain.

Semalam Hadie dan Sallman menyambung hafalan sifir empat dan lima.

Hari ni,
Sambil sambil bungkus kuah laksa tadi,
ss sempat bagi latihan pada Phyrosh 7 dan Layla 5 tahun.

Mereka telah kenal huruf ABC dan Alif Ba’ Ta’.
Hari ini mereka mula belajar menulis nama sendiri.

Secara spontan,
ss tanya pada Layla tadi.

Layla,
Apa nama Tuhan adik?

“Allah”

Sapa nama nabi kita?

“Nabi kita Muhammad”

Alhamdu lillah

Itu mungkin simple bagi orang lain.
Tapi besar bagi ss.

Awal agama itu kenal Allah.
Bukan Frozen,Bobo atau Bahenol



Sumber : penmerahpress.my

Sumber Anak Suhaimi Saad beristighfar Selepas baca komen terlajak cerdik netizen

Post a Comment

Previous Post Next Post