Dalam ramai rakyat yang menyindir kerajaan baru kononnya kena kencing atau pakatan kencing,admin mohon korang baca dan hadam kisah ini. artikel kali ini telah diambil dari fb tuan fdaus ahmad.
Minggu ini kecoh apabila RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membaiki sekolah daif di Sarawak. Agak hairan juga sebenarnya mana datang wang sebanyak ini? Hari-hari kita mendengar kerajaan tak ada duit, bajet kena potong, “penurunan 70%”, tapi tiba-tiba KPM boleh dapat RM1 bilion untuk sekolah daif?
Apa benda ni?
PH nak kencing lagi ke?
Buat Uturn sharp corner pulak ke?
Ajaib sungguh!
Mana datang duit ini? Pak Arab mana pula yang derma?
Ok sebenarnya macam ni;
Pada September 2018, YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melakukan lawatan ke Sarawak untuk meninjau keadaan sekolah daif di negeri berkenaan.
Maszlee singgah di daerah Samarahan dan Simunjan untuk melihat keadaan empat sekolah di kedua-dua daerah itu. Termenung jauh beliau melihatkan kedaifan yang ada, pintu tercabut, bangunan usang, tangga hampir reput, tiang dimakan anai-anai.
Tapi biasa lah, belum pun Maszlee naik kapal terbang balik Putrajaya, askar askar pembangkang dah mulakan kempen serang Maszlee dan KPM.
"Pergi berlakon je tu minta kesian. Walhal kencing!"
"Pergi lawat je buat apa? Bagi duit laaa!"
"Alaahh Maszlee sembang. Sudahnya duit ke Sek cina!"
Ya tuan puan takkan lupa kot kutukan kutukan tu berlegar di seluruh fesbuk dan wassap nak undermine kepimpinan Maszlee.
Buat kerja biarlah berstrategi, tunggu masa sesuai, kemudian dah tiba masa terus strike!
Itu lah yang dibuktikan oleh kepimpinan KPM melalui Dr Maszlee.
Bak kata orang putih;
Show, don't tell.
Dan masa yang tepat itu muncul ketika Maszlee bertemu dengan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Selasa tadi.
Masa tepat untuk apa?
Masa yang tepat untuk Maszlee sebagai kepala kementerian Pelajaran bagi cadangan dan solusi mutlak tentang bagaimana hutang Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak 1billion tak perlu dibayar kepada kerajaan pusat, sebaliknya digunakan terus untuk tujuan pembaikan dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negeri Sarawak!
Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hutang berjumlah RM1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan dan kalau difikirkan logik, pembayaran hutang ini sudah tentu akan mengambil masa yang lama dan manfaatnya pun tidaklah menyeluruh.
Jadinya, kerajaan Sarawak bayar hutang ke kerajaan pusat dengan cara bangunkan fasiliti, dan tingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh ke negeri Sarawak.
Kalau susah kau nak faham, dia macam anak ada hutang ayah, ayah cakap duit bayar hutang tu pakai untuk beli sofa dan perabot rumah kau tak payah bayar ke ayah.
Akhirnya Maszlee setuju, Abang Johari pun setuju. Selesai!
Ini penyelesaian pintar di mana pembayaran hutang ditukar ganti untuk pembangunan sekolah yang jelas akan memberikan manfaat dan kegembiraan kepada 436 ribu (436,000) anak-anak di Sarawak. Selepas ini mereka akan mendapat sekolah yang lebih selesa dan kondusif.
Dengan kata lain, setiap anak anak di Sarawak mendapat kurang lebih RM2,293 manfaat dalam bentuk pendidikan jangka panjang melalui penstrukturan penyelesaian hutang kerajaan Persekutuan.
Pulang dari Sarawak, Dr Maszlee tanpa bertangguh mengemukakan persetujuan yang dicapai kepada Jemaah Menteri untuk menggunakan hutang Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan sekolah daif.
Jemaah Menteri bersetuju tanpa bantahan!
Ini sebuah idea yang steady kerana tidak melibatkan apa-apa peruntukan tambahan, sebaliknya menggunakan wang hutang demi manfaat rakyat yang
pulangannya amat berharga buat rakyat Sarawak.
Tapi macam mana nak pastikan RM1 billion ni dipakai dengan elok tak ada sakau duit macam kes solar panel dulu?
Caranya mudah, Jemaah Menteri akan pantau semua projek yang berkaitan ini dan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini menepati ciri-ciri bersih, cekap, amanah.
Jemaah Menteri juga menyatakan persetujuan untuk Jabatan Kerja Raya Sarawak menjadi agensi pelaksana.
Ya jangan kau ingat Jemaah Menteri ni ada Maszlee, Dr Mahathir dan Syed Saddiq saja. Dalam tu ada PKR, ada AMANAH dan paling penting ada wakil parti DAP yang kau selalu amukkan tu.
Begitulah kisahnya tuan puan,
bagaimana RM1 bilion dapat diperoleh dalam masa satu hari untuk projek baik pulih seluruh sekolah daif di Sarawak.
1.Hutang selesai
2. Sekolah naik taraf
3. Ekonomi setempat pun bergerak kerana peluang pekerjaan daripada projek-projek baik pulih.
4. Semua orang pun gembira.
Tapi nombor 4 ni bukan semua orang gembira lah.
Orang orang yang suka mencari salah, suka memperlekeh, suka sabotaj, suka sebar spekulasi dan fitnah, suka kutuk usaha dan inisiatif baik manusia lain,
orang orang ini tidak akan pernah bertemu kegembiraan tuan puan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahualam.
Sumber Cerita The RM1 Bilion Dollar Man Yang Pasti Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia!
Tags:
mazeer