Foto mesra tersebar ke laman sosial, Baby Pian sudah ada pengganti baru?



Sejak memenangi Persembahan Terbaik di AJL 33 yang lalu, nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi buah mulut orang ramai. Malah, timbul cerita panas minggu lalu apabila tular foto lelaki mirip penyanyi itu tidur bersama seorang wanita.

Nampaknya kali ini timbul lagi pendedahan panas dimana tersebar lagi foto lelaki mirip Sufian bermesra dengan seorang gadis.

Perkara itu tular di Twitter dan satu demi satu foto didedahkan kepada umum. Menerusi perkongsian tersebut, foto itu didakwa diambil pada petang sebelum persembahan AJL 33.




Hasil pencarian netizen mendapati baju yang dipakai oleh lelaki di dalam foto berkenaan seakan sama dengan baju yang dipakai oleh Sufian. Malah turut dimuat naik sekeping foto memaparkan gadis berkenaan baring manja di peha lelaki itu.





Bukan itu saja, pengguna Twitter itu juga turut memuat naik foto dua keping tiket penerbangan ke Bali dan jelas tertera nama Sufian Suhimai.


Perkongsian tersebut ternyata menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen yang terkejut dan ternyata-tanya identiti gadis tersebut. Ada juga netizen meminta agar Sufian Suhaimi tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak individu tersebut adalah Sufian Suhaimi. Apa pun kita nantikan saja penjelasan dari Sufian sendiri.

Terdahulu, berhubung isu foto panas mirip wajahnya tidur bersama seorang gadis, Sufian berkata dia tidak pasti tentang perkara itu dan jelasnya ramai mereka di luar sana yang mempunyai wajah seiras dengannya.

SUMBER  BEAUTIFULNARA.COM

Sumber Foto mesra tersebar ke laman sosial, Baby Pian sudah ada pengganti baru?

Post a Comment

Previous Post Next Post