Kami pasti ramai antara kita yang suka sangat minum air teh yang ada pearl buble ini bukan? Tapi nak beli kat kedai risau dengan status halal?
Jangan risau lagi anda kini boleh buatnya sendiri dirumah. Puan Fara Bakri dengan bermurah hati perturunkan rahsia bagaimana untuk sediakannya.. Jom kita lihat sekarang
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung pulut
Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. EMpunya resipi guna pewarna biru
gelap.)
Air panas secukupnya
Secubit garam
3 sudu makan gula
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.
4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.
5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya bubble pearl menjadi berkilat. Rebus bubble pearl selama 25-30 minit.
6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam mainuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Mudah bukan? Jom buat sekarang.. jimat duit belanja tau..hihi
Kredit resepi Puan Fara Bakri
Sumber Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade. Yang Penting Ianya Sedap Sangat Dan Halal...
Tags:
mazeer