‘Inilah Rupa Donut Selepas Makan Pil Kurus’ – Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Lucu Bercampur Geram Selepas Mengidam Donat Gebu Viral, Sekali Bila Dah Sampai..



Tidak dinafikan, zaman sekarang ramai yang mula menceburi bidang perniagaan untuk menambahkan hasil pendapatan. Ada yang mula menjual online pelbagai jenis makanan sehingga terliur nak order.

Namun, lain pula jadinya dengan pengalaman wanita ini. Niat nak makan donat gebu seperti diiklankan, namun ini pula yang sampai..Apalah nasib!

Nak pitam dapat donut ini


Menerusi status Facebook wanita ini, dia menceritakan pengalaman lucu dan geram apabila tempahan donut yang diterima sangat berbeza seperti yang diiklankan. Tulis beliau:

“Hari ini macam-macam hal yang jadi. Ujian sungguh. Part paling menduga. Bila adik sendiri order donut kat orang, bila dapat donut tuh boleh pitam oii. Perasaan dapat donut tu boleh maki terus lah senang cerita.

Wahai pembuat donut, nak berniaga cari ilmu cukup cukup tau. Kesian kat diri sendiri dulu. Nasib orang tak viral kan. Dunia sekarang tak sama macam dulu. Sekarang buat onar viral lah. Habis periuk nasi kau nanti.”

Sila buat RnD dekat tekak sendiri



“Nak cuba tak salah tapi jika first time buat, sila buat RnD dekat tekak sendiri dan bagi sensori dekat orang sebelum nak menjual. Kalau rupa teruk rasa sedap boleh la orang terima.

Tapi rupa dah la buruk, rasa tak usah cakap memang super teruk. Kau rasa orang nak terima ke? Sis nak jual sesuatu fikir berkali-kali. Rupa tak lawa pun sis dah komplen macam tiada hari esok.”

Cekodok ke ni?



“Apatah nak menjual. Sis kerja QC kuih raya tiap tiap tahun, mom dah pitam dengar sis kuat komplen itu ini tak kena. Haha. Cuma sis cannot brain, kenapa pembuat donut ni berani sangat-sangat promote guna gambar orang tapi hasil dia macam ni. Cuba teka gambar ni korang nampak donut ke cekodok?

Wanita ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab perniaga itu yang mencuri foto orang lain. Hasil donat yang dia dapat sungguh berbeza seperti diiklankan. Dia turut memberi nasihat agar perniaga itu mencuba resepi itu terlebih dahulu sebelum menjual.”

Sementara itu, netizen mula memberi respon mencuit hati berdasarkan rupa bentuk donut itu. Aduh lawak betul rupa bentuk itu, dah serupa cekodok! Apa pendapat anda?

Donut makan pil kurus



Sumber : Nur Saidatul Atikah via ohbulan

Sumber ‘Inilah Rupa Donut Selepas Makan Pil Kurus’ – Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Lucu Bercampur Geram Selepas Mengidam Donat Gebu Viral, Sekali Bila Dah Sampai..

Post a Comment

Previous Post Next Post