Seorang lelaki yang sebelum ini mendakwa penyanyi Misha Omar mengamalkan ilmu hitam untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat permohonan maaf. Bercakap kepada Berita Harian, lelaki itu mendakwa terlalu mengikutkan perasaan ketika itu:
Jauh di sudut hati, saya ingin memohon maaf kepada Misha atas kekhilafan saya.
Memang salah saya bertindak mengikut perasaan ketika itu. Apatah lagi status terbabit dibuat gara-gara membaca status orang lain yang menyatakan, kononnya Misha menggunakan sihir untuk menang.
Sesetengah Netizen mendakwa bagaimanapun, lelaki itu berkata begitu sebagai reaksi kepada tweets yang ditulis oleh pemilik satu akaun Twitter tidak dikenali. yang menggunakan handle @PenumpahTeh
Azhar Aziz telah tampil mengaku kesilapan dan meminta maaf, manakala pemilik akaun @PenumpahTeh telah menyahaktifkan akaun setelah Misha mengadakan sidang akhbar memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memfitnahnya.
Identiti sebenar pemilik akaun yang sebelum ini menyebarkan beberapa gosip lain itu masih belum diketahui. – beautifulnara.com
Biodata Misha Omar, Penyanyi Lagu Sampai Bila
Biodata
1. Pemilik nama penuh Samihah @ Aisah binti Omar. Dikenali sebagai Misha Omar.
2. Lahir pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Kini berusia 37 tahun (2019).
3. Anak kepada pasangan Omar Ismail (bapa) dan Zainab Mat Nor (ibu).
4. Mempunyai tujuh orang adik-beradik. Beliau merupakan anak keempat. Kakaknya, Mimi Omar berkhidmat sebagai pengurus peribadinya.
5. Merupakan penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman, penulis lirik, pelakon, model iklan dan pengacara.
6. Sebelum memasuki dunia seni, beliau merupakan peminat setia kepada penyanyi Liza Hanim.
7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001.
8. Memperjuangkan muzik bergenre Pop, Pop Rock, R&B, Balada dan Etnik Kreatif.
9. Bernaung di bawah label syarikat rakaman BMG (2002-2004), Sony BMG (2004-2008) dan Sony Music Malaysia (2008 sehingga kini).
10. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Bintang RTM 2001 di usia 19 tahun. Bergelar finalis akhir yang mana ketika itu turut disertai beberapa peserta yang juga berjaya mencipta nama sebagai penyanyi pada hari ini, iaitu Sarah Raisuddin, Farawahida, Amir Mahiyidin (vokalis kumpulan Sofazr), Azharina Azhar dan Asmidar.
11. Single pertamanya berjudul Bunga-Bunga Cinta yang dinobatkan sebagai juara utama Anugerah Juara Lagu ke 18 (AJL) termasuk Anugerah Vokal Terbaik, telah berjaya melonjakkan namanya sebagai artis baharu.
12. Di peringkat antarabangsa, MIsha pernah meraih anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada tahun 2003. Juga tercalon di MTV Asia Awards sebanyak dua kali dan dipilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009.
13. Pernah tampil dengan tiga album solo iaitu 'Misha' pada tahun 2002, Aksara (2004) dan Misha Omar (2008), serta album kompilasi, Dia... Misha (2011).
14. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem-filem arahan Yusof Haslam dan A Razak Mohaideen, termasuk beberapa drama televisyen dan pementasan persembahan muzikal di Istana Budaya.
15. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Halaman Cinra, Lilitan Asmara, Semoga Abadi, Dedebu Cinta, Tiada Lagi Tangisan, Riwayat Cinta, Pulangkan, Cinta Adam Dan Hawa, Sampai Disini, Nafas Cahaya, Sembunyi (duet bersama Andy Flop Poppy) dan Ku Seru.
16. Mendirikan rumah tangga dengan Firoz Ezzwan Rossly dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak.
Sumber : ilmuniasi.com
Sumber Lelaki 'Bawang' Fitnah Misha Omar Guna ‘Mak Esah’ Untuk Menang AJL 33 Akhirnya Tampil Mohon Maaf
Tags:
mazeer