Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebahagian kanak-kanak di bawah usia 6 tahun mempunyai sikap yang aktif dan gemar mencuba pelbagai perkara baru.
Apabila tangan mencapai sesuatu, misalnya alat mainan, akan ada sahaja idea di kepala mereka untuk berbuat sesuatu, dan semestinya rumah akan akan bersepah.
Kadang-kala, datang juga perasaan letih dan ingin marah dalam diri si ibu mahupun si bapa apabila melihat anak kecil membuat rumah menjadi semak.
Tetapi nanti dulu, janganlah terus dimarah anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Lebih baik jika anda baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal.
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas.
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun kebawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyanyangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibubapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibubapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibubapa sekalian.
Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril
Paediatric Occupational Therapist
Sumber: Idzmir Kids Hub via siakapkeli.my
Sumber Janganlah Marah, 6 Tahun Pertama Adalah Waktu Rumah Bersepah, Gunakan Peluang Ini Untuk Ajar Anak-Anak Anda
Tags:
mazeer