“Saya tidak mahu jadi penyebab ibubapa ke neraka” - Eyra Hazali kini sudah bertudung, Alhamdulillah...



Pelakon yang pernah popular menerusi drama Mr Grey iaitu Eyra Hazali kini disahkan telah berhijrah dan mengenakan tudung.

Eyra telah tampil menerusi program MeleTOP pada malam Selasa dan sekaligus mendapat perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej bertudung.

Pelakon muda ini menjelaskan dia sebenarnya sudah setahun menyimpan hasrat untuk menutup aurat namun keputusan itu sentiasa tertangguh kerana terlalu berfikir mengenai kerjayanya selain tiada keyakinan diri.

Katanya lagi, apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Selasa dia terus nekad untuk menutup auratnya.



Ini pendedahan oleh Eyra Hazali:

“Sebelum ini saya sudah mendapat hidayah dan terbuka hati untuk bertudung tetapi kerana fikirkan kerjaya dan tidak mahu main-main apabila memakai tudung membuatkan saya sering menangguhkan niat itu.

“Alhamdulillah pagi tadi (semalam) perasaan saya terlalu kuat untuk memakai tudung dan saya bulatkan hati untuk memakai tudung,”

Eyra Hazali berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai program siaran langsung MeleTOP dan sidang media Anugerah MeleTOP 2019 yang diadakan di Astro pada malam Selasa.

Pelakon muda ini telah tersenarai sebagai 20 calon terbaik menerusi kategori Hos MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP.

Dalam pada itu, Eyra menafikan dakwaan dia memakai tudung disebabkan permintaan tunangnya, iaitu pemain bola sepak, Muhammad Haziq Nadzli selain bakal berkahwin pada penghujung tahun ini.



Kata Eyra, dia berhijrah adalah kerana Allah selain tidak mahu menyebabkan tindakannya tidak bertudung akan menyebabkan bapanya diheret ke neraka akhirat kelak.

Ini kerana seseorang bapa itu akan bertanggungjawab setiap perbuatan anak perempuannya selagi mereka belum berumah tangga dan selepas berkahwin, menjadi peranan suami pula mendidik si isteri.

Ini jelas Eyra Hazali lagi:

“Hidayah Allah sudah beri lama… Tetapi saya buat tidak tahu dengan hidayah itu. Saya selalu berfikir, jika saya lengahkan nikmat yang Tuhan beri itu, mungkin atas sebab itu juga Allah tak makbulkan doa kita.

“Sejak mendapat hidayah itu juga saya selalu berfikir tentang bapa. Selangkah saya keluar tidak memakai tudung, selangkah juga bapa saya akan ditarik ke neraka. Saya tidak mahu jadi penyebab bapa ke neraka.


“Alhamdulillah tunang, bapa keluarga semua gembira dengan perubahan saya ini walaupun pada awalnya mereka terkejut juga sebab ia secara tiba-tiba,”

Dalam perkembangan sama, di laman Ig miliknya, Eyra sudah pun memadam semua gambarnya tidak bertudung di Instagram.

Malah dia juga tidak bimbang dengan tanggapan artis wanita bertudung tiada tempat dalam industri kerana rezeki itu ditangan Allah.

“Pada saya rezeki daripada Allah itu tidak pernah salah alamat asalkan kita sentiasa berusaha dalam memajukan diri sendiri.

“Sebenarnya Allah sudah pun beri rezeki kepada saya dengan perubahan ini selain banyak pihak menghadiahkan tudung kepada saya dalam tempoh setahun ini,”

Tahniah buat Eyra Hazali, semoga rezeki sentiasa bertambah. Jangan risau ramai artis dan pelakon popular semua bertudung, seperti Neelofa, Mira Filzah dan Rozita Che Wan.

Sumber: mStar

Sumber “Saya tidak mahu jadi penyebab ibubapa ke neraka” - Eyra Hazali kini sudah bertudung, Alhamdulillah...

Post a Comment

Previous Post Next Post