Baru saja muncul dengan single lagu terbaru berjudul Vroom Vroom, Nabila Razali meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mengutuk vokal nyanyiannya dengan menggunakan bahasa kesat.
Menurut Nabila, dia menerima apa saja kritikan dan komen negatif yang dilihat boleh membantu untuk memperbaiki mutu nyanyiannya namun bukan dengan cara melemparkan perkataan kesat.
“Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga.
“Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang. Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima lebih baik saya tak jadi penyanyi.
“Ni kata suara macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik,” katanya kepada mStar Online.
Tidak hanya berdiam diri, Nabila turut memberikan pendapat terhadap kritikan melampau yang menggunakan kata-kata kesat. Menurutnya, rata-rata netizen yang melemparkan kata kesat adalah mereka yang sering berkongsikan status tentang keagamaan.
Biarpun dikecam teruk, namun Nabila mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya sehingga lagunya itu kini trending nombor tiga di YouTube selepas seminggu dilancarkan.
Sumber : mstar via rotikaya
Sumber "Maaflah Kalau Suara Saya Macam Bodoh" - Nabila Razali
Tags:
mazeer