Mereka Yang Suka Tidur Lewat Tetapi Bangun Awal Cepat Mati..



Golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal, kata penyelidik.

Tinjauan ke atas lebih 430,000 orang di Britain mendapati mereka yang tidur lewat berisiko 10 peratus meninggal dunia dalam masa 6.5 tahun tempoh kajian berbanding golongan yang tidur lebih awal.

“Ini adalah isu kesihatan umum yang tidak boleh dipandang ringan,” kata penulis kajian, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey.

Katanya, golongan seperti itu sepatutnya dibenarkan memulakan dan menyelesaikan kerja mereka lebih lewat.

“Mereka yang menahan tidur sehingga awal pagi berisiko menghadapi masalah kesihatan,” kata seorang lagi penulis, Kristen Knutson di Universiti Northwestern di Chicago. Kedua-duanya mengumpulkan maklumat hampir setengah juta individu berusia 38 hingga 73 tahun daripada pangkalan data awam.

Peserta menggambarkan diri mereka sebagai sama ada ‘suka bangun pagi’ dengan 27 peratus dan ‘bangun pagi berbanding bangun waktu petang’, 35 peratus serta ‘suka bangun petang berbanding pagi’, 28 peratus mereka yang ‘memang suka bangun petang’ membabitkan sembilan peratus.

Gangguan psikologi

Mereka juga menyenaraikan berat badan, tabiat merokok dan status sosioekonomi. Kematian dalam kumpulan itu, 10,500 secara keseluruhan, didokumenkan untuk enam setengah tahun.

Kumpulan yang tidur lewat malam didapati berisiko 10 peratus meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang suka bangun awal pagi. Sementara golongan yang berjaga malam mungkin mengalami gangguan psikologi, diabetes dan masalah perut serta pernafasan. Mereka cuma tidur beberapa jam pada waktu malam.



“Ia boleh menjadi tekanan psikologi, makan pada masa tidak betul untuk tubuh, tidak bersenam dengan cukup, tidur tidak mencukupi, terjaga malam, mungkin mengambil dadah dan alkohol,” menurut kajian.


7 CARA MENGATASI SUSAH TIDUR MALAM

1. Tidur Dengan Lampu Terpasang?

Meskipun anda rasa dapat tidur dengan lena, tapi sebenarnya tidak! Apabila lampu terpasang, badan anda secara automatik akan berjaga sepanjang malam. Sebab itu badan tidak dapat cukup rehat yang diperlukan.

Cuba belajar tidur dalam suasana yang kurang terang. Lagi gelap lagi bagus. Bagaimana cara mengatasi? Tutuplah lampu. Relaks, jangan takut hantu!

2. Berfikir Sebelum Tidur

Apabila anda banyak berfikir sebelum tidur, tanpa anda sedari anda akan mengingatinya meskipun dalam separa sedar. Pastikan fikiran anda betul-betul freedaripada memikirkan pelbagai perkara sebaik berbaring atas katil.

Bagaimana cara mengatasi?: Lupakan semua perkara remeh-temeh seperti hal pejabat dan pasangan merajuk.

3. Tidur Dalam Keadaan Panas?

Kalau boleh, jangan masuk tidur dalam keadaan bilik yang masih berbahang dan panas. Jangan kedekut buka penghawa dingin kerana takut bil yang tinggi.

Memang sedap tidur malam lagi-lagi selepas hujan. Lebih-lebih lagi yang on air-cond. Sejuk sahaja bilik. Jika di negara sejuk, sebelum tidur, pastikan anda memakai stokin kerana ia kehangatan membantu pengaliran darah dalam badan ketika tidur.



Cuma di negara kita, jangan mengada-ngada pakai stokin pula. Memang akan bahang satu badan!

Bagaimana cara mengatasi?: Buka kipas siling, tetapi jangan sampai nombor 5. Kalau kipas berdiri, jangan tala ke muka dan badan semata-mata. Pusingkan, biar dia rotate. Kalau buka air-cond, jangan sampai terlalu sejuk sampai suhu 16 darjah Celcius.

4. Minum Kopi/teh Sebelum Tidur?

Kafein dalam kopi dan teh merangsang otak menjadikan anda sukar tidur. Amalkan minum susu panas sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan anda tidur.

Bagaimana cara mengatasi?: Seperti yang diberitahu, amalkan minum susu panas. Bukan susu sejat, tetapi susu rendah lemak.

5. Leka Dengan Gajet?

Apabila anda terlalu fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur yang sepatutnya. Pastikan anda sudah checkFacebook, Whatsaap dan sebagainya sebelum masuk bilik. Letak jauh daripada katil anda agar tidak mengganggu waktu tidur.

Bagaimana cara mengatasi? Letak telefon jauh-jauh dari bantal

6. Minum Air Yang Banyak?

Waktu siang memang digalakkan minum banyak air untuk mengatasi rasa hidrat dalam badan akibat perpeluhan. Tapi, waktu malam anda, digalakkan untuk minum sedikit air. Jika terlalu banyak minum air, tidur asyik terganggu sebab kerap pergi ke bilik air.

Bagaimana cara mengatasi? Minum sedikit air masak dan kencing dahulu sebelum tidur. Cuci kaki dan lebih afdal lagi, ambil wuduk.

7. Suka Tidur Petang?

Islam pun tidak menggalakkan kita tidur selepas Asar kerana tidak elok untuk kesihatan. Apabila tidur petang, badan kita akan cergas pada waktu malam dan sukar untuk tidur awal.

Bagaimana cara mengatasi? Jangan tidur petang!

Tidak terlambat untuk anda ubah diri. Malam adalah waktu untuk anda rehat. Menikmati tidur yang berkualiti menjadikan anda lebih segar dan dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.

Sumber: https://siraplimau.com

Sumber Mereka Yang Suka Tidur Lewat Tetapi Bangun Awal Cepat Mati..

Post a Comment

Previous Post Next Post