Pemilik Bella Ammara Tampil Dedah Pengalaman Buruk Ketika Bekerjasama Bersama Pemilik Hausboom



Pada raya dua tahun lepas, butik beliau dikunjungi berkotak-kotak besar air minuman jus dalam bungkusan botol kaca yang menarik. Disebabkan tertarik dengan bungkusan produk yang beliau yakin dari Malaysia, Carl membuat satu hantaran di media sosialnya tanpa mengetahui siapa pengirim, tuan punya produk tanpa meminta bayaran.



Berbulan-bulan selepas itu, Azri menyatakan hasrat ingin bertemu beliau melalui kawannya. Kagum dengan pemikiran Azri yang jauh ke depan, Azri menyatakan hasrat ingin menjadikan isteri Carl sebagai salah satu medium promosi atau duta kepada produknya yang baru tetapi menurut Carl ada baiknya jika mereka bekerja sama dan Azri bersetuju.

Sama-sama berkongsi kewangan bagi membangunkan produk baby care mereka, Azri sangat bersemangat dan mempunyai visi yang besar dalam membangunkan Hausboom dalam pasaran negara dan luar negara.



Syarikat yang baru bermula ini sudah menelan belanja hampir RM10,000; bayaran gaji dua pekerja bahagian reka bentuk grafik, seorang penulis kandungan dan dua lagi pekerja am.

Dengan jualan produk masih lagi perlahan, keadaan kewangan menjadi sangat serius dan akhirnya Carl terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri dari jalinan kerjasama mereka.

Dalam tempoh kegawatan ekonomi itulah terserlah sikap sebenar Azri yang gemar memaki hamun pekerjanya, malah Carl dan isterinya yang merupakan rakan kongsinya juga turut menerima kata cacian.





Selepas berbincang bersama Azri, akhirnya syarikat diberikan kepada Carl dan segala tanggungan hutang dibahagikan sama rata. Tidak terhenti di situ, rupanya Azri mencanang pada saluran media sosialnya bahawa Carl ini seorang penipu dan scammer.

Pada pendapat Carl, Azri memang seorang pengusaha yang bagus cuma kurang mahir dari segi pemasaran kos rendah. Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak memboikot produk Hausboom milik Azri kerana pengusahanya orang Islam.

Yang silap hanya tutur katanya. Jika produk ini diboikot, bukan periuk nasi Azri seorang sahaja yang rosak tetapi banyak lagi perut-perut lain yang terlibat. Maafkan sahaja kesilapan beliau dan jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran kepada semua.



Sempat menitipkan pesan buat Azri bahawa rezeki itu 100% ditentukan Allah, seharusnya Azri menjadikan isu ini sebagai petanda untuk berubah. Yang menimbulkan kemarahan orang ramai bukannya produk Hausboom, tetapi perilaku dan sikap pemiliknya yang senang-senang sahaja menghaiwankan manusia.


Sumber : https://www.makanlena.com/pemilik-bella-ammara-kongsi-pengalaman-buruk-bekerjasama-bersama-pemilik-hausboom/

Sumber Pemilik Bella Ammara Tampil Dedah Pengalaman Buruk Ketika Bekerjasama Bersama Pemilik Hausboom

Post a Comment

Previous Post Next Post