Ustaz Ini Perturunkan Ilmu Bagaimana Ingin Tahu Siapa Sebenarnya Yang Santau Kita



Selalu kita dengar kisah orang disantau. Kadang kadang santau ini berpunca atas dasar perniagaan atau bekas kekasih, ada bermacam macam sebab kenapa dia sanggup menjadi syirik dengan menghantar santau.

Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita?



Bagi seseorang yg telah disantau/sihir pasti ingin mengatahui siapakah orang yang menyantaunya. Baiklah disini saya kongsikan kaedahnya, tapi perlu diniatkan bukan untuk membalas dendam tapi hanya untuk lebih kepada berhati-hati.

1. Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Lakukan 7 hari atau lebih.



2. Semasa solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yg anda hadapi.

3. Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah2 ketika tidur.

4. Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar ia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yg beriman.

5. Lakukan berulang2 kali dan perlu diingatkan jgn ada sebesar zaharah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.



6. Teruskan ikhtiar dalam mencari kesembuhan dlm rawatan islam dan mempertingkatkan amalan kita ikhlaskan kerana Allah swt.

Insya Allah.

Sumber Artikel: Facebook Norazri Medzlan via kualalumpurviral.com

Sumber Ustaz Ini Perturunkan Ilmu Bagaimana Ingin Tahu Siapa Sebenarnya Yang Santau Kita

Post a Comment

Previous Post Next Post