“Saya Bagi masa 3 jam dari sekarang.. atau laporan polis akan dibuat” – Suhaimi Saad bagi warning kepada Hakimi Mohamad



Penyanyi nasyid dab bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad sedang menjadi topik hangat di laman sosial sejak minggu lepas ekoran perdebatan tentang bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata.

Malah, Suhaimi Saad juga ada mencabar Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berpendapat bahawa bumi itu berbentuk sfera atau lebih tepat adalah geosfera.

Setiap kenyataan yang dikeluarkan Suhaimi Saad di media sosial sering mengundang kecaman para netizen dan Suhaimi yang menggunakan FB Mosus dilihat memang kerap memuatnaik status di laman FB.

Yang terbaru, Suhaimi Saad yang memanggil nama diri sendiri sebagai SS telah mendedahkan dia ada terima ugutan daripada individu yang menggunakan akaun bernama Hakimi Mohamad.

Kata Suahaimi Saad, dia mahu individu itu untuk mohon maaf dalam masa 3 jam jika tidak dia akan membuat laporan polis.

Ini komen Suhaimi Saad:



“ss BAGI MASA 3 JAM DARI SEKARANG

“untuk you Hakimi Mohamad delete komen dan mohon maaf,
Atau ss akan buat laporan polis.

“Ingat, Darah orang islam adalah haram.

“La ilaha illAllah!

Sebelum itu, individu bernama Hakimi itu telah menulsi satu komen berbaur ugutan kepada Suhaimi.

Ini tulisnya:

“Kau asyik naikkan amarah netizen. Kau tunggu aku datang Kelantan. Kalau kau tak bertaubat, kepala kau, aku penggal hidup-hidup.

“Rakaman secara langsung akan aku buat sendiri!!! Walllahi!!”



Suhaimi telah mencetuskan beberapa kontroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan tak percaya bumi berbentuk sfera selain meragui bahawa graviti itu wujud.

Ekoran kontroversi yang melanda, Suhaimi memberitahu namanya telah digugurkan daripada menyertai konsert Amal 4nomena yang dijadual pada 20 April depan di Universiti Islam Antarabangsa.

Sumber: FB Mosus / mStar

Sumber “Saya Bagi masa 3 jam dari sekarang.. atau laporan polis akan dibuat” – Suhaimi Saad bagi warning kepada Hakimi Mohamad

Post a Comment

Previous Post Next Post