Selepas viral di media sosial, akhirnya pak menteri, Mujahid mohon maaf parkir di petak OKU


SHAH ALAM - Selepas tular sekeping foto memaparkan kenderaan dengan jata Ahli Parlimen diparkir di petak khas orang kurang upaya (OKU), Menteri di Jabatan Perdana Menteri tampil menjelaskan situasi sebenar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengakui kereta itu kenderaan peribadi miliknya.

"Saya menerima sekeping gambar untuk pengesahan. Saya akui itu adalah kenderaan peribadi saya.

"Untuk makluman semua, saya menjaga ayah mertua yang uzur dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini, anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.



"Mereka menggunakan kemudahan parking OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur," jelasnya di Facebook.

Susulan insiden itu, Mujahid memohon maaf dan menghargai teguran berkenaan.

"Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih diatas teguran ini," ucapnya.



Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook menulis, dia dimaklumkan kereta tersebut milik Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

"Depa (mereka) kata kereta nombor plat ini milik YB Menteri Agama. Tak tahu pula dia OKU," katanya.- sinar harian

Sumber Selepas viral di media sosial, akhirnya pak menteri, Mujahid mohon maaf parkir di petak OKU

Post a Comment

Previous Post Next Post