Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Bersumpah Bahawasanya Bumi Itu Bulat Sfera



Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif netizen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu.

Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Cabar Dr Sheikh Muszaphar bersumpah




Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Yang tak tahu elok diam aja




Jika bumi ini sfera,

Tolong tunjukkan di mana langit dunia yang Allah sebutkan di dalam surah Al Mulk.

Dalam hadis sohih bab ibadah malam,
Nabi juga sebut bahawa
"Allah turun ke langit dunia.."

Bahkan ketika nabi dimi'rajkan,
Baginda juga ada menyebutkan tentang langit dunia.

Di mana ya?

Di utara,timur atau kutub selatan
kah?

Yang tak tahu,elok diam ajja😅

Suhaimi yang menggunakan Mosus di Facebook itu juga turut meminta bukti jika benar bumi ini sfera. Dia juga meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Netizen komen minta pendapat kena block




Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Ini respon Suhaimi



KALAU RASA NAK BELAJAR,

Tahan la mata dan telinga tu.
Sabar..
Jari tu jangan laju sangat😅

Kalau ss dah block dan delete,rugi la sikit.
Sebab terpaksa join haters.
Terpaksa buat akaun palsu.

Hari ni ss simpulkan,
Haters (pembenci) ni sebenarnya para munafiq dan lembu lembu yang bertopengkan manusia.
Mereka adalah orang orang yang bodoh kerana membenci sesama muslim.

Muslim itu diajar berkasih sayang dan berlapang dada.
Yang membenci muslim hanyalah musuh islam.

Demi Allah,
ss percaya bahawa tindakan block dan delete mereka adalah amalan yang diberi pahala.
In sya Allah😊

Sumber: Suhaimi Saad, Mazfahmi Marzuki via ohbulan.com

Sumber Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Bersumpah Bahawasanya Bumi Itu Bulat Sfera

Post a Comment

Previous Post Next Post