Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran RM100 Bulan Mac 2019



Bantuan Sara Hidup Bujang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.

BSH Bujang sebanyak RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima pada penghujung Mac nanti.

Pembayaran melibatkan penerima kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.



Pembayaran BSH fasa kedua dan ketigauntuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.

SEMAKAN BSH BUJANG

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://ift.tt/2Nmngqb

Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:

Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
Menetap di luar negara
Bujang berumur 59 tahun ke bawah
Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Pemegang saham / pengarah syarikat
Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
Memiliki motosikal melebihi 500cc
Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG


Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang. Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.

Bayaran ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penerima dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta.

Tan Sri Muhyidin Yassin turut menyarankan agar kerajaan membantu golongan bujang yang belum berkahwin dan yang berpendapatan kecil.

KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG

Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.

KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

Apa pula pendapat anda?

Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?

Sumber : semakanonline.com

Sumber Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran RM100 Bulan Mac 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post