Suami tergamak bela sah isteri hanya kerana disuruh hantar anak ke sekolah



KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan kepada seorang peniaga atas pertuduhan memukul dan mengugut bunuh isterinya.

Difahamkan, kejadian berpunca hanya disebabkan isterinya menyuruh tertuduh untuk menghantar anak mereka sekolah.

Tertuduh, Mohd Shahril Md Ross, 38 tahun, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shahril bertindak menampar dan menumbuk isterinya yang juga berusia 38 tahun, di kepala dan muka serta ditendang di belakang badan sehingga mendatangkan kecederaan.



Tertuduh turut mengugut membunuh mangsa dengan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan di rumah pasangan tersebut di Gong Badak, Kuala Nerus pada 8 Feb tahun lalu.

Mohd Shahril didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Berita menarik lain

Suami pukul, ikat isteri di siling rumah kerana hutang



HANYA kerana tidak mendapat wang ganti daripada keluarga mertua, seorang suami sanggup mengikat si isteri di siling dan memukulnya.

Bukan itu sahaja, si suami, Ashok Shukla turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mertua agar membayar balik wang dengan segera.

Kejadian yang berlaku di Shahjahanpur, India itu bermula apabila Ruchi selamat melahirkan anak mereka lapan bulan lalu dan telah menyebabkan Ashok terpaksa membayar bil hospital bernilai Rs 40,000 (RM2379.60).

Ashok kemudian memaksa keluarga mertua untuk membayar semula bil tersebut namun, keluarga mertuanya enggan berbuat demikian.

Menurut pihak polis seperti yang dilaporkan portal Times of India, Ashok mula mendera isterinya pada Jumaat lalu ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Video penderaan tersebut turut dirakam pada hari yang sama.

Sejurus selepas menerima berita buruk itu daripada Ruchi, ahli keluarga terus membawanya pulang dan membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Siasatan ke atas Ashok kini masih lagi dalam siasatan.


Sumber : astro awani


Sumber Suami tergamak bela sah isteri hanya kerana disuruh hantar anak ke sekolah

Post a Comment

Previous Post Next Post