Malang tidak berbau, seorang kanak-kanak dua tahun m,aut selepas tertusuk sebilah pisau di perut. Ketika kejadian, mangsa berlari ke arah nenek untuk meminta susu sebelum terjatuh ke atas pinggan yang mempunyai pisau.
Di media sosial, beberapa individu tampil menerangkan cara yang perlu diambil jika berlakunya perkara sebegini.
Tidak tahu tahap keced,eraan
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertu,suk pisau itu, gara-gara panik, neneknya menc,abut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari menc,abut pisau atau apa-apa objek yang tertu,suk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kece,deraan akibat tusukan itu berlaku. Salur da,rah mana yang dah terced,era pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terk,ena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perda,rahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan dar,ah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus menced,erakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perd,arahan yang banyak. Per,dar,ahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Jadi, disini jika berlaku kece,deraan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kema,tian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2.Alirkan kawasan yang ced,era dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kec,ederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3.Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya dar,ah tidak keluar.
4.Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5.Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan da,rah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran dar,ah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang terce,dera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan dar,ah yang secukupnya.
6.Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan dar,ah mengalir keluar.
7.Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kece,deraan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
#BelNawhen
Jururawat Anda.
Jangan sesekali cabut pisau
JIKA TERTUSUK OBJEK TAJAM
JIKA TERTUSUK OBJEK TAJAM
Benar, ajal maut itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yang ada.
Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yang sebaya dengan mangsa. Mari kita tengok apa yang boleh kita ambil pengajaran.
Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun ma,ut apabila pisau sepanjang 15cm tertu,suk perutnya, masuk rapat hingga ke hulu pisau. Mangsa berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di dalamnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yang panik terus MENCABUT pisau itu.
Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.
Ini isunya. Dalam perubatan kece,masan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut. Dalam kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah tikam organ apa di dalam. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yang paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur da,rah bernadi yang paling besar dalam badan). Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut d,arah keluar tak berhenti sampai la da,rah habis.
Kadang-kadang, walaupun ditikam, tapi perdar,ahan dalaman masih perlahan kerana objek itu menyekat perdar,ahan dari lu,ka. Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perdar,ahan masih perlahan. Kebiasannya, jika pesakit sampai ke hospital dalam keadaan ada objek tertus,uk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko untuk cabut keluar. Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perda,rahan akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.
Ingat, kalau ditikam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yang paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.
Salam takziah buat keluarga mangsa.
Sumber : Muhsin Zaidi , Bel Nawhen via ohbulan
Sumber ‘Tolong Jangan Cabut Pisau’ – Ahli Perubatan Kongsi Rawatan Awal Jika Tertusuk Objek Tajam, Elak Risiko Kehilangan Nyawa
Tags:
mazeer