(Video) Ustaz Abu Syafiq Beri Penjelasan Kenapa Ayat 'Malu Apa Bossku' Sebenarnya Haram



Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” – sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.

Dia bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus.

Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.

Status Berkenaan Haramnya Malu Apa Bossku.



HARAM MENYEBUT “MALU APA BOSSKU” APABILA IA TERKAIT DENGAN MAKSIAT, JENAYAH DAN KELAKUAN YANG TIDAK SENONOH.

– Kini sering kita mendengar perkataan Malu Apa Bossku dikalangan mereka yang terpengaruh dengan perangai tidak baik oleh seorang mantan pemimpin tertinggi negara.

– Perkataan ini kini sering disebut oleh anak muda apabila terkait dengan perilaku yang tidak senonoh seperti sebahagian mereka minum arak, hisap ganja, terbabit jenayah dan kelakuan yang tidak senonoh lalu mulut mereka sering menyebut Malu Apa Bossku.. Malu Apa Bossku. Ia haram bahkan satu tambahan dosa disisi Islam selain dosa yang mereka lakukan itu.

– “Malu Apa Bossku” bercanggah dengan hadith Nabi Muhammad shollahu riwayat Al Bukhari : “Sesungguh malu itu adalah daripada Iman”. Jelas Baginda menyuruh agar kita perlu malu bila terkait dengan keburukan, maksiat dan jenayah atau meruntuhkan negara umat Islam.

– Baginda Nabi juga menukilkan ucapan seluruh para Ambiya’ yang lain : “Jika kamu tidak malu maka kamu akan melakukan apa sahaja yang kamu kehendaki”. Riwayat Al Bukhari. Dalam hadith ini jelas seluruh para Nabi mencela manusia yang tidak malu apabila terpalit dengan jenayah dan keburukan atau melakukan perkara yang haram.

– Sahabat Nabi bernama Ka’ab bin Malik malu apabila dipulau oleh Baginda Nabi kerana tidak sertai peperangan Tabuk walaupun beliau masih dalam fatrah menunggu keputusan dari Allah samaada dimaafkan atau sebaliknya.

Jauhi perkataan ini khususnya dalam perkara dilarang oleh Islam atau terpalit dengan jenayah pecah amanah dan maksiat yang dibenci Allah.


Wahai Bossku Malulah Diri sesungguh malu itu tanda kamu beriman. Amat malang jika kamu tidak malu bila terpalit dengan jenayah kerana ia tanda iman kamu amat lemah khususnya bila bertaburan wang, beg tangan, cincin dan harta dunia.

Sumber: Ustaz Abu Syafiq via kualalumpurviral.com

Sumber (Video) Ustaz Abu Syafiq Beri Penjelasan Kenapa Ayat 'Malu Apa Bossku' Sebenarnya Haram

Post a Comment

Previous Post Next Post