Satu video yang dimuat naik pada 31 Januari 2019 oleh seorang pemandu Go-Jek, perkhidmatan e-hailingdi Singapura menyebabkan ramai orang geleng kepala.
Video tujuh minit itu dirakamkan oleh pemandu dan dimuat naik olehnya untuk menunjukkan sikap sesetengah penumpang:
Di Facebook, pemandu itu menulis:
Setelah berfikir beberapa hari, saya rasa lebih baik saya dedahkan mengenai perkara ini. Penumpang tuduh saya culik dia hanya kerana ERP (sistem tol di Singapura). Saya sudah buat laporan polis dan laporan ke Go Jek. Tolong berhati-hati kepada semua pemandu upahan peribadi. Blok 251 Bishan St 22 ke 1 Coleman St @ 7.10 pagi …..bagaimana nak mengelak ERP? Dia asyik kata saya tipu dia. Saya minta dia beritahu jika dia tahu bagaimana nak mengelak ERP tapi dia tidak tahu ke mana saya patut pandu untuk elak ERP.
Sebagai ringkasan, ini intipati video itu:
Pemandu membawa seorang penumpang ke balai polis setelah dia berulang kali mengatakan pemandu itu cuba menipu duitnya
Dia mendakwa jalan itu dilaluinya setiap pagi dan dia tidak pernah lalu di ERP
Pemandu itu meminta dia memberi jalan ke destinasi tetapi dia tak dapat memberikannya.
Pemandu berkata dia takkan mengambil satu sen pun tambang dan penumpang itu berkata dia takkan membayar tambang
Pemandu itu berkata penumpang itu boleh memohon bayaran balik dari Go Jek
Pemandu itu berkata, “awak patut naik bas, lebih murah.”
Pemandu tu berkata dia akan melaporkan insiden itu kepada polis dan Autoriti Pengangkuran Darat, dan meminta wanita itu juga melapor
Wanita itu kemudiannya cuba bergerak ke tepi apabila menyedari dia dirakam dalam kamera
Wanita itu kemudiannya membuat panggilan kepada seseorang, mendakwa pemandu itu ‘berbahaya’
Wanita itu sebenarnya membuat panggilan kepada ibunya
Ibu wanita itu berkata GPS penumpang telah dicatatkan
Pemandu berulang kali menyatakan dia hendak ke balai polis Toa Payoh.
Ibu wanita itu berkata pemandu itu tidak berhak menjadikan wanita itu ‘tebusan’
Apabila sampai ke satu lokasi di mana pemandu itu menyangka dia telah sampai ke balai polis, wanita itu menjerit minta tolong mengatakan dia telah diculik
Pemandu itu dilihat bercakap dengan seorang pegawai polis yang tidak kelihatan dalam video
Pegawai polis itu berkata lokasi itu bukan balai polis dan memberi arah ke balai
Wanita itu cuba keluar tetapi pintu kereta dikunci
Kemudian dia menjerit, “dia (pemandu) kunci pintu!”
Pemandu dan polis itu kemudiannya cuba menerangkan yang pintu itu terkunci secara automatik
Wanita itu kemudiannya menjerit, “Adakah kerana saya berbangsa Cina?”
Komen-komen di status lelaki itu sebulat suara menghentam wanita tersebut kerana perangainya yang histeris. Hanya dalam masa sejam, video itu menerima 5,500 perkongsian.
Akaun media sosial gadis itu kini telah didedahkan dan dia kini telah menyahaktifkan akaun Facebooknya
Sumber: amazingnara.com
Sumber Wanita Muda Singapura Ini Tuduh Pemandu Menculiknya, Sanggup Mainkan "Kad Bangsa" Hanya Kerana Tidak Mahu Bayar Tol
Tags:
mazeer