Adakah aku bukan anaknya. Sampai hati abah, ibu. Tak sama layan aku macam layan adik dan abang.



Nama aku gelaran dirumah Ira. Berumur 24 tahun. Aku merupakan anak ke dua dari 5 orang adik beradik. Abah aku seorang engineer. Mak seaorang surirumah. Dari kecil aku memang bukan seorang yang pandai, tak bermaksud aku tak pandai sangat. (UPSR 3A,PMR 5A,SPM 5A) tapi bagi family aku, aku sangat lah bodoh.

Mata pelajaran paling aku lemah sekali masa zaman sekolah adalah matematik. Abah seorang yang garang. Kalau abah mula ajar matematik, mula lah meleleh air mata aku. Setiap kali abah ajar aku, dan aku tak faham abah mesti kata ‘kenapa lah kau bengap sangat’ ‘lembap nya otak kau’.

Abah dengan mak rasa aku adalah anak paling lembap dan tak pandai sekali compare dengan abang (27) dengan adik (22) aku. Setiap kali exam abah akan tanya dapat no berapa semua. Tapi abah selalu cakap, almost setiap hari,’ kau dah besar takyah berangan sambung belajar lah kau gi kahwin je. Kau kan lembap’. Form 4 aku masuk kelas sains tulen, di kelas cikgu kitorang selalu bersalin especially cikgu kimia. Bila guru ganti datang ajar, dia tak reti ajar.

So majoriti budak class kitorang lost untuk subject kimia. Ramai kawan aku amik extra class kat luar. So aku pun fikir aku kena buat benda yang sama. So minta permission abah mak untuk amik tuition. Tapi abah cakap ‘ kau tak pandai, buat apa buang duit pergi tuition. Lembap tetap lembap’.

Sedih teramat bila abah cakap cemtu. Sebab apa yang keluar dari mulut abah mak kita adalah satu doa. Keputusan kimia aku teruk sampai E. Mak cakap apa teruk sangat keputusan kau ni. So aku tak putus asa, aku minta kebenaran mak untuk pujuk abah supaya bagi aku tuition. Tapi mak cakap apa ‘Abang kau nak pakai duit kat Uni, Kak cik nak pakai duit kat Asrama penuh’.

Tapi sebetulnya abah aku seorang engineer, setakat tuition rm30 satu bulan bagi dia terlebih mampu. Abang dengan adik aku dorang pandai. Tapi sepandai dorang tak pernah lah dorang spm full A pun. Tak cukup dengan itu, disebabkan abah selalu kecilkan aku dengan cakap aku tak pandai semua, adikadik aku semua biadap dengan aku.

Setiap kali aku tegur adik aku meninggi suara kat mak abah aku, mesti dia cakap ‘kau dah lah lembap, ada hati nak cakap kat aku’. Aku seorang rabun, abah pernah beli spect masa aku darjah 5.

Masa aku tingkatan 3, power aku dah naik, buat aku rasa pening sangat bila pakai. So aku beritahu mak, minta nak buat spect. Tapi berbulan bulan aku tak dilayan. Adik aku, masa aku buat spect dia buat spect juga, lepas tu next year dia hilang kan.

Pastu bila dia cakap spect dia hilang abah terus beli kat dia baru. Aku? Aku ada sekali time dia nak buat spect dengan harapan aku dapat buat spect baru juga. Tapi abah, tak pedulikan aku. Abang, adik aku dia minta sekali je diorang mudah dapat. Kekadang tu dorang saje hilang kan contoh jam, handphone, laptop.

Aku ni sebab kan susah dapat, aku pakai sampai benda tu tak boleh pakai baru aku minta. Tapi abah cakap ‘kau ni ada je benda nak rosak. Dan abah mengomel dan pilih paling murah and sambil bayar tak ikhlas. Compare dengan abang adik aku, dorang boleh dapat yang mahal tanpa abah bising sikit pun.

Ealah layan anak yang pandai orang kata macam satu pelaburan ‘dorang pandai, nanti dorang kaya gerenti mak ayah senang’. Adakah aku lain sebab aku tak pandai?

Tapi jauh dari sudut hati aku, aku tak boleh fikir yang makabah tak adil kat aku. Sebab itu akan membuatkan aku murung. Aku tetapkan kat hati aku satu hari nanti dorang akan sedar adanya aku. Apa yang aku perlu buat jadi anak yang baik.

Bila aku dapat tawaran sambung belajar di uitm perak, abah kata ‘No’ jauh, habis duit je!’ Tapi abang adik aku yang diorang sanjung tu belajar tak delah belajar pakai biasiswa pun. Still pakai duit makabah juga. So lepastu abah hantar aku ke KPTM Bangi. So aku dapat pinjaman mara.

Duit belanja ke yuran adalah duit MARA bagi. Sampai aku habis study. Dan aku sambung degree in account di puncak alam. Habis je aku study aku kerja sebagai account. Ye aku tak tahu macam mana aku boleh sampai ke tahap ni. Sebab abah selalu cakap aku lembap, aku tak pandai especially matematik. Abang dengan adik aku, tiada pinjaman perlu dibayar sebab 100% abah bayar. Tapi aku, aku bayar dengan duit gaji aku sendiri.

Tidak cukup dengan itu, mak abah beli kat dorang kereta baru, tapi dekat aku pakai kereta kancil yang sentiasa rosak. Berapa kali aku tersadai tepi jalan. Abah kata ‘takpe nanti kalau orang nampak orang perempuan mesti dia tolong’

Dia tak tahu betapa takutnya aku kalau ada orang berniat jahat purapura nak bantu.

Tapi kalau adik aku, abah datang secepat yang mungkin.

Setiap kali raya, ataupun mak bersembang dengan kawan atau sedara, adik dengan abang aku je mak cerita bagus. Kadangkadang macam anak makabah ni cuma ada 2 orang je dari 5 orang ni.

Sampai sekarang, mak abah masih tak berubah. Sedikit pun takde rasa nak bagi adil untuk anakanak.

Jika benar kau tak mampu beri kepadaku, jangan beri kepada adikadik ku. Kerana ia membuatkan aku rasa cemburu kat mereka juga.

Disebabkan makabah dibibir nya hanya menyebut dua nama tu (abang dengan adik), kekadang aku tertanya, adakah nama ira disebut dalam doa mu? Adakah disebabkan kekurangan nama aku dalam doa, menyebabkan aku tak sepandai anak emas makabah?

Untuk bakal jadi seorang ibu bapa, dan sudah pun mempunyai anak, silalah berlaku adil. Dan aku rasa ustaz ustazah kena banyak beri ceramah peranan mak ayah terhadap anak. Bukan hanya peranan seorang anak kepada ibu bapa.

Aku ada membaca satu page,berkenaan adil dengan anakanak. Ayat dia seperti begini ‘ Di akhirat nanti ibu bapa akan berdiri di ats mimbar-mimbar daripada cahaya sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud

“Sesungguhnya orang yang berbuat adil itu di sisi Allah kelak, berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Iaitu mereka yang berlaku adil dalam memutuskan hukum dan bertindak adil terhadap bawahan (rakyat, keluarga mereka).”

Hadith Riwayat Muslim.

Untuk mak abah, Ira tak minta pun semua yang ira tak dapat dulu tu ditebus kembali.Ira cuma minta at least sebelum Ira kahwin mak abah berlaku adil dekat Ira. Hati Ira ni sedih sangat. Dari kecik Ira tak dilayan macam abah adik. Dan Ira paling harap, makabah doa kan Ira sentiasa. Ira sayang mak abah walaupun ira tak sama macam dorang. -Menagih kasih,

Sumber Adakah aku bukan anaknya. Sampai hati abah, ibu. Tak sama layan aku macam layan adik dan abang.

Post a Comment

Previous Post Next Post