“Tauke Gila! Apesal jual teh tarik dengar harga tak masuk akal macam ni? Boleh untung ke? Orang meniaga nak untung, bukan nak rugi. Gila la lu!”
Susah nak dengar pasal harga makanan murah zaman sekarang. Kalau ada pun, tak cukup murah untuk rakyat-rakyat marhaen macam kita. Tapi korang tak akan sangka masih wujud orang macam sorang penjual kat Alor Setar ni.
Menurut Berita Harian, lelaki dikenali sebagai Ahmad Thalhaah Ahmad Sabri ni digelar ‘tauke gila’ oleh rakan-rakan dan pelanggan yang datang kedai dia sebab dia sanggup jual teh tarik dengan harga tak masuk akal!
Hanya 20 sen je segelas, mana nak cari teh tarik murah macam ni dalam dunia ni?! Ramai tak percaya dengan harga yang ditawarkan kat Gerai Pak Usop di Taman Pelangi ni sebab harga teh tarik yang dijual tu terlajak murah! Selalunya teh tarik kat Malaysia paling murah pun RM1 la kalau tak pun, RM2.
“Memang ramai terkejut ketika mula-mula memperkenalkan harga ini pada awal tahun lalu sehingga ada yang menggelar saya tauke gila!” kata Ahmad.
“Harga istimewa ini adalah hadiah kepada pelanggan yang banyak menyokong perniagaan saya selama ini.”
Kalau korang nak minuman murah ni kena cepat-cepat tau sebab teh tarik 20 sen ditawarkan setiap hari pukul 6 pagi hingga 9 pagi sahaja dan harga akan kembali ke harga asal iaitu RM1 selepas waktu yang dinyatakan. RM1 pun still kira murah gak tu…
“Pada waktu terbabit, gerai ini memang menjadi tumpuan, terutama penduduk setempat dan kakitangan awam. Setiap hari, hampir 300 gelas teh tarik berjaya dijual.”
“Setiap Rabu, kita membenarkan pelanggan membeli teh tarik pada harga ini untuk dibawa pulang dengan bekas sendiri.”
Walaupun harga terlajak murah, Ahmad explain yang kualiti teh tarik tu tetap sama dan tak gunakan gula sebagai pemanis tambahan. Gerai Pak Usop dulu milik bapa mertua Ahmad dan sekarang dia dah ambil alih sejak arwah bapa mertua meninggal dunia enam tahun yang lalu.
Mula-mula Ahmad terfikir nak buat promosi harga murah sampai hujung bulan Mac je tapi sebab permintaan ramai dia lanjutkan sampai hujung tahun ni. Selain teh tarik 20 sen, Gerai Pak Usop terkenal dengan nasi ayam Hainan RM4 jugak. Murah beb!
Ramai kagum dengan Ahmad sebab masih mampu jual makanan dan minuman dengan harga murah dan ada yang siap share pengalaman makan kat situ.
“Ni bukan tauke gila, ni namanya Encik Hati Pemurah,” kata seorang netizen.
“Kedai dia memang jadi tumpuan! Teh dia memang terbaik! Nasi ayam Hainan dia pun memang terbaik!”
“Semoga dia dimurahkan rezeki dan makin ramai pelanggan. Teh tarik 20 sen pun masih boleh dapat untung.”
Siapa yang duduk dekat-dekat tu boleh la serbu!
Sumber: Berita Harian/The Malay Mail/lobakmerah.com
Sumber Jual Teh Tarik Dengan Harga Tak Masuk Akal, Ramai Panggil Lelaki Ini Tauke Gila
Tags:
mazeer