“Alhamdulillah, saya sekarang dah jadi bapa!” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dapat bayi perempuan



ISTERI kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali iaitu Shakilla Khoriri selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di  Damansara pada 11.30 pagi, Khamis.

Menurut Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 30, dia akan berkongsi wajah cahaya mata pertamanya dalam masa terdekat kerana ingin memberi kejutan.

"Alhamdulillah saya dah jadi bapa! Terima kasih kepada yang mendoakan terbaik untuk Killa dan tak sabar nak tengok baby.

"Insya-Allah dalam masa terdekat akan tunjuk wajah baby. Tapi awal-awal ni kita simpan dahulu. Biar betul-betul buat kejutan," katanya kepada mStar Online.



Dalam pada itu, Fizi turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan dan memberi sokongan kepadanya dan juga isteri.

Kata Fizi, dia perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga anak perempuan selepas bergelar seorang bapa.

"Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan. Bila dah menjadi seorang bapa ni fikir tanggungjawab yang besar.




"Lagi-lagi orang cakap dapat anak perempuan ni, tanggungjawab dia lain sikit. Doakan yang  terbaik untuk kami," ujarnya.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 30, pada 18 Februari tahun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun bercinta.


Sumber : mStar Online

Sumber “Alhamdulillah, saya sekarang dah jadi bapa!” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dapat bayi perempuan

Post a Comment

Previous Post Next Post