PELAKON Atikah Suhaime mengakui, sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan, hanya beberapa hari sebelum ia sepatutnya berlangsung Ahad ini.
Bagaimanapun Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia akur dengan keputusan itu atas permintaan keluarga.
"Sebagai seorang perempuan biarlah pihak lelaki yang memberi jawapan dahulu. Saya hanya boleh katakan kami tiada jodoh untuk bersama.
"Saya akur dengan keputusan keluarga dan saya amat menghormati Awi dan keluarganya,” ujarnya aktres berusia 28 tahun itu kepada mStar Online.
Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.
Pada pagi Khamis, Awi menerusi Instagramnya mengumumkan telah menarik diri daripada majlis perkahwinan mereka atas sebab tertentu.
Dalam pada itu Atikah berkata, dia meminta ruang dan akan menjelaskan perkara yang berlaku bila sudah bersedia.
"Saya minta maaf. Saya akan keluarkan kenyataan bila saya sudah bersedia. Saya berharap semua peminat dan rakan media serta rakan industri memahami situasi saya sekarang.
"Saya juga berharap diberi sedikit ruang dan waktu untuk saya ketika ini. Doakan yang terbaik buat saya," ujarnya.
Sementara itu, menerusi kenyataan pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi memohon maaf kepada semua pihak termasuk media dan meminta supaya memberi ruang serta masa kepada penyanyi berkenaan yang kini berada di Singapura bersama keluarganya.
Sumber : mStar Online
Sumber “Beri saya ruang” - Selepas Awi Rafael Buat Keputusan Untuk Tidak Berkahwin Dengan Atikah Suhaime, Ini Jawapan Tenang Dari Atikah Suhaime
Tags:
mazeer